Siakap Keli
terima kasih jaguh negara
Kredit: BERNAMA

Rakyat Bersatu Sokong Jaguh Negara, Chong Wei Bangga Sukan Berjaya Aktifkan Mod ‘Saya Anak Malaysia’

Rakyat Bersatu Sokong Jaguh Negara, Chong Wei Bangga Sukan Berjaya Aktifkan Mod ‘Saya Anak Malaysia’

Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang selepas 19 hari aksi sukan bertaraf dunia sebelum menyerahkan baton kepada bandar tuan rumah 2028 – Los Angeles (LA28) di Amerika Syarikat.

Upacara penutupan semakin meriah apabila bintang Hollywood Tom Cruise melakukan aksi mengagumkan dengan melompat dari bumbung Stade de France diiringi dengan persembahan penyanyi Billie Eilish dan rapper Snoop Dogg yang mewakili tuan rumah seterusnya.

Paris 2024, yang secara rasmi bermula pada 26 Julai, menyaksikan kira-kira 10,500 atlet dari lebih 206 kontinjen bersaing dalam 329 acara daripada 32 jenis sukan di latar belakang mercu tanda kota Paris yang ikonik.

Temasya edisi ke-33 turut  mencipta legasi baharu dengan 125 rekod Olimpik dan 32 rekod dunia dipecahkan sejak pertandingan bermula pada 24 Julai, dua hari sebelum upacara pembukaan.

Malaysia dengan barisan 26 atlet memperoleh dua gangsa menerusi beregu badminton lelaki Aaron Chia- Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki Lee Zii Jia serta mengakhiri kempen Paris 2024 di kedudukan ke-80.

BACA: Azizulhasni Awang Zahir Ucapan Tahniah Atas Perjuangan Cemerlang Shah Firdaus Di Olimpik Paris

Menerusi satu hantaran di Facebook, legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyatakan bahawa pasukan Malaysia telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang temasya berlangsung.

“Sukan sememangnya telah menyatukan negara.

“Tidak kira sama ada anda pengguna Type-C, Type-Lightning atau One-by-One(s), semuanya akan mengaktifkan mod ‘Saya Anak Malaysia’ dan berkumpul di mamak untuk memberi sokongan kepada pasukan negara,” ujarnya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada barisan bintang atlet negara kerana telah berjuang dengan luar biasa.

“Kepada para atlet, anda adalah wira dan wirawati negara.

“Ambillah pengajaran daripada pengalaman ini dan pertingkatkan prestasi pada masa akan datang.

“Abaikan komen-komen negatif, tetapi terimalah maklum balas yang membina,” katanya.

Tambah beliau, sebagai netizen dan penyokong, kita juga perlu memainkan peranan untuk menjaga kebajikan atlet tanah air.

“Berikan sokongan dan maklum balas yang membina. Beranikan diri untuk bersuara dengan penuh hormat jika terdapat perkara yang perlu ditegur.

“Saya mengaku, saya adalah jenis orang yang akan bersuara jika melihat sesuatu yang salah, kerana saya ingin berkongsi pengalaman dan sayang akan negara kita.

“Saya berharap netizen tidak bersembunyi di sebalik profil tanpa nama dan membuat kenyataan yang menghina,” katanya lagi.

Datuk Lee Chong Wei sempat ‘belanja’ cerita, buat ramai terhibur

Citer ni sikit kena-mengena dengan Paris.

I ada sorang kawan French baru melawat I minggu lalu. Dulu main badminton, sekarang dah jadi ‘priest’ ataupun imam gereja. Kita panggil dia Neerod,  French tapi asal India.

Kami sekeluarga bawaklah dia main badminton , jalan-jalan kl termasuk naik LRT.

Tunggu-tunggu di station Pasar Seni, announcement pasal LRT hampir sampai didengari.

Tiba-tiba Kingston bertukar wajah marah-marah sambil maki “How can they stop Uncle Neerod from entering the train?”

Terkilan, aku tanya dia apa sebab.

Dia jawab “Kan announcement cakap – Priest stay behind the yellow line”

Ish… semakin pening ngan budak ini.

BACA: Malaysia Kini Rumah Saya – John Beasley

BACA: Jangan Serang Negara Lain – Adik Shah Firdaus

Sumber: BERNAMA, Lee Chong Wei via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.