Siakap Keli
tahan lapar
Kredit: Tribun News

“Rider” Meninggal Dunia Didakwa Tahan Lapar Dua Hari, Duit Tak Ada Nak Makan

“Rider” Meninggal Dunia Didakwa Tahan Lapar Dua Hari, Duit Tak Ada Nak Makan

Seorang penunggang penghantar makanan di Medan, Sumatera Utara di Indonesia dilapor meninggal dunia, didakwa akibat menahan lapar selama dua hari.

Menurut Tribun News, mangsa yang berusia 49 tahun itu menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menunggu pesanan makanan pelanggan di sebuah restoran Jalan Sutomo Ujung, Ahad lepas.

Mangsa dikatakan jatuh tersungkur sebelum menemui ajal disebabkan menahan kelaparan kerana tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.

Pinjam akaun kawan, rider meninggal dunia didakwa tahan lapar tak makan dua hari

Pengerusi Persatuan Teksi Motosikal Dua Roda Medan, Agam berkata mangsa meminjam akaun pemandu penghantar makanan daripada individu lain untuk menambah pendapatan.

“Ada rakan pemandu (perempuan) memaklumkan bahawa akaunnya digunakan oleh mangsa. Katanya kerana dia kasihan melihat mangsa tinggal sendirian dan ada masalah kewangan,” kata Agam.

Abang mangsa, Desman berkata kematian mangsa mengejutkan mereka sekeluarga. Sebelum ini, mangsa pernah mengadu tentang situasi kewangan yang dihadapinya.

Tambah Desman, adiknya merupakan seorang yang kuat bekerja dan sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi mencari sesuap nasi.

Mangsa juga pernah bekerja bersama keluarga di Jakarta sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Medan dan melakukan kerja sambilan bagi menampung kehidupan.

Selain menghadapi masalah kewangan, mangsa yang belum berkahwin juga dikatakan sedang menderita penyakit tertentu dan menetap sendirian di rumah keluarga di Medan.

Polis sedang siasat kematian mangsa

Dalam pada itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Medan Timur, AKP Budiman Simanjuntak berkata pihaknya kini sedang menyiasat kematian lelaki tersebut.

“Dari keterangan rakan sekerjanya, malam tadi mangsa memberitahu dia tidak makan kerana tidak mempunyai wang.

“Mangsa dan rakan sekerjanya bertemu semula di sekitar Jalan Cahaya di Daerah Medan Kota pada hari kejadian.

“Ketika itu, rakannya sempat mengingatkan mangsa untuk berehat terlebih dahulu sekiranya keletihan,” kata Budiman.

Ujarnya lagi, rakan mangsa turut memaklumkan mangsa mempunyai sejarah penyakit gout.

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.