Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Korea Selatan Guna Anjing
Gambar: BERNAMA

Korea Hantar Anjing Khas Saring Kontinjen Olimpik, Takut Bawa Balik Pepijat Dari Paris

Athirah

Korea Hantar Anjing Khas Saring Kontinjen Olimpik, Takut Bawa Balik Pepijat Dari Paris

Korea Selatan dilapor telah menempatkan anjing penghidu khas untuk mengesan pepijat di pintu masuk antarabangsa di Lapangan Terbang Incheon.

Menurut Sky News, tindakan itu bagi menyaring kontinjen Sukan Olimpik dan pelancong yang tiba dari Paris bagi mengurangkan risiko kemasukan serangga tersebut ke negara berkenaan.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan Paris bergelut untuk menguruskan kebimbangan awam berhubung laporan pepijat yang dikesan termasuk di kediaman, pawagam, kereta api dan hospital.

Kehadiran pepijat itu dikatakan berpotensi menjejaskan penganjuran sukan tersebut, sekaligus memaksa operasi pembasmian besar-besaran dijalankan di Kota Paris.

Korea Selatan guna anjing penghidu khas, kesan pepijat dari kontinjen Olimpik Paris

Korea Selatan berkata, pihaknya melaksanakan operasi pencegahan awal tersebut di pintu masuk utama sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, operasi tersebut diketuai oleh Ceco, seekor anjing dari baka Beagle berusia dua tahun dan merupakan satu-satunya anjing di negara tersebut yang dilatih untuk mengesan bau feromon pepijat.

Pegawai Syarikat Kawalan Perosak Cesco, Kim Min-su berkata, Ceco mampu mengesan kehadiran pepijat dalam sebuah bilik hotel bersaiz standard dalam tempoh dua minit.

Tambah Min-su, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Keselamatan dan Pengangkutan, Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit serta Lapangan Terbang Incheon untuk menyaring ketibaan penumpang dari Paris.

Pesawat dari Paris juga lalui proses disinfeksi seminggu sekali

Malah, penerbangan yang tiba dari kota berkenaan juga akan melalui proses disinfeksi seminggu sekali berbanding amalan biasa iaitu sekali dalam tempoh sebulan.

Korea Selatan menghantar 144 atlet bertanding di Olimpik Paris yang berakhir Ahad lalu. Ceco dan pasukannya akan terus bekerja apabila para atlet dan pegawai, termasuk peminat-peminat yang tiba dari Paris sehingga 8 September nanti.

BACA: Keluarga Mahukan Keadilan, Hukuman Setimpal Terhadap Pembunuh Istiqomah

BACA: Remaja Menyamar Petugas Hospital Pernah Terima Rawatan Psikiatri

BACA: Ini “Tricks & Hacks” Yang Anda Kena Tahu Jika Melancong Ke Jepun

Sumber: Sky News