Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Remaja Menyamar Petugas Hospital
Gambar: Sinar Harian

Remaja Menyamar Petugas Hospital Pernah Terima Rawatan Psikiatri 

Iqbal Yasir

Remaja Menyamar Petugas Hospital Pernah Terima Rawatan Psikiatri

SEPANG, 12 Ogos (Bernama) — Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, mempunyai sejarah menerima rawatan psikiatri pada Mac lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan bagaimanapun berkata ahli keluarga remaja itu memaklumkan dia tidak pergi mendapatkan rawatan susulan serta telah meninggalkan persekolahan.

“Pada masa sekarang, kita rujuk remaja itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sesi kaunseling sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk sebarang pertuduhan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat, remaja terbabit telah keluar dan masuk kawasan hospital itu dalam tempoh seminggu sebelum ditahan polis pada 8 Ogos lepas.

Ditanya bagaimana remaja itu memasuki hospital, Hussein memberitahu remaja itu menggunakan kad pengenalan ibunya serta mendakwa kehilangan pas kerja.

Beliau berkata tindakan remaja itu dipercayai disebabkan fikirannya yang terganggu dan tekanan emosi.

Dalam pada itu, Hussein berkata polis sedang dalam perbincangan dengan pihak hospital untuk memperketatkan aspek keselamatan hospital terutama kawasan sensitif.

Pada Khamis lepas, remaja itu ditahan di lobi HSIS kerana disyaki menyamar sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu menjalankan satu pembedahan.

Polis turut merampas baju dan seluar scrub serta lanyard hak milik hospital berkenaan.

Remaja berkenaan yang direman dua hari sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Polis Masih Kesan Anggota Badan Mayat Cikgu Istiqomah

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni