Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Azizulhasni
Kredit: @tyailyana via Instagram
Tiada Kategori

“Akhirnya Dia Milik Saya, Anak-anak,” Isteri Kongsi Detik Sayu Kepulangan Datuk Azizul

Athirah

“Akhirnya Dia Milik Saya, Anak-anak,” Isteri Kongsi Detik Sayu Kepulangan Datuk Azizul

Selepas empat bulan berpisah dengan keluarga demi perjuangan memburu pingat di Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Azizulhasni Awang kini pulang ke pangkuan keluarganya di Melbourne, Australia.

Menerusi perkongsian di Instagram @tyailyana, isteri kepada Datuk Azizulhasni Awang iaitu Datin Athiah Ilyana Abd Samat berkongsi momen kepulangan suami tercinta di media sosial.

Video yang dikongsikan turut memaparkan jaguh berbasikal negara itu disambut dengan tangisan kegembiraan oleh isteri dan anak-anak yang sekian lama memendam rasa rindu.

Bagi mereka, ia merupakan tempoh perpisahan yang paling lama pernah dilalui. Lebih menyentuh hati apabila anak bongsunya seakan tidak mengenali ayahnya sendiri kerana berjauhan sejak dari awal kelahirannya.

Perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan manusia

Menerusi video yang berbeza, Datin Athiah turut meluahkan rasa syukur dan menyatakan rasa gembira menyambut kepulangan ketua keluarganya.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap segala pengorban dan sumbang yang dibuat suaminya menjadi inspirasi kepada generasi muda.

“Selepas penantian yang sangat-sangat panjang, akhirnya dia milik kami ‘sepenuhnya’.

“Setiap nikmat datang dari Allah, dan segala kekurangan adalah milik kita. Semoga para belia melihat betapa luasnya dunia ini, dipenuhi dengan rahmat Allah yang tidak berkesudahan.

“Ingatlah, perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan kita atau orang lain. Mereka merancang, tetapi Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang (8:30).

“Namun begitu, jangan sekali-kali berputus asa dalam mengejar impian dengan keazaman, sentiasa berpijak dalam doa dan percaya kepada kebijaksanaan Yang Maha Esa,” ujar @tyailyana.

Empat bulan terpisah, isteri kongsi detik kepulangan Datuk Azizul

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen merasa amat terharu dengan pengorbanan yang perlu dibuat dan cabaran yang perlu ditempuhi keluarga berkenaan.

Mereka seterusnya mengucapkan terima kasih di atas semua jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh Datuk Azizul dalam mengharumkan nama negara.

Terdahulu, keluarga itu terpaksa berpisah buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada Datuk Azizul membuat persediaan rapi untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.

BACA: Datuk Azizul Kongsi Apa Yang Dirasainya Selepas Lihat Nama Tertera “DSQ”

Sumber: @tyailyana via Instagram