Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Sambut Hari Lahir Anak Sulung
Gambar: TikTok@pokmungchannel_2
Tiada Kategori

Keluarga Buat Kejutan Sambut Hari Lahir Anak Sulung Runtun Hati Netizen

Iqbal Yasir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Keluarga Sambut Hari Lahir Anak Sulung Runtun Hati Netizen

Hari jadi atau tarikh kelahiran merupakan detik yang amat bermakna bagi setiap individu di atas muka bumi ini.

Sesetengah individu menjadikan sambutan hari lahir sebagai tradisi, di mana sambutan yang penuh bermakna ini diraikan dengan orang tersayang.

Setiap sambutan itu pula, ada momen dan kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Apatah lagi, jika sambutan diselitkan dengan pelbagai ragam seperti kejutan dan sebagainya, bertambah manislah kenangan yang tercipta.

Misalnya, seperti klip yang tular baru-baru ini, yang memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran anak sulung daripada sebuah keluarga hinngga menyentuh hati warga maya.

Menerusi klip yang dimuat naik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @pokmungchannel_2, ia menunjukkan momen yang cukup menyentuh hati.

“Sannah helwah along…sekoda termanpu ibu dan ayah buat untuk along,” kongsi kapsyen klip tersebut.

Biarpun disambut secara sederhana, namun cukup bermakna buat anak sulung itu hingga dia menitiskan air mata.

Gambar: TikTok@pokmungchannel_2

Pada awalnya, anak lelaki keluarga itu membuka pintu rumah dan tidak lama selepas itu dia terkesima melihat ibunya yang sudah berdiri di hadapan memegang sebiji kek.

Kemudian, ibu dan adik-beradiknya mula menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu.

Dia yang tidak dapat menuturkan sepatah perkataann terus memeluk erat ibunya lalu menangis.

“Kenapa menangis tu? Hah Along..” usik bapanya.

Gambar: TikTok@pokmungchannel_2

Lebih meruntun hati, adik lelakinya yang memaparkan raut wajah gembira tiba-tiba menjadi sebak melihat momen itu.

“Angah nangis juga, angah nangis…” ujar ayahnya.

Sekali lagi, adik-adiknya turut menceriakan suasana ketika memotong kek berwarna kuning itu.

Gambar: TikTok@pokmungchannel_2

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya netizen turut juga ‘dihujani’ air mata melihat momen bermakna itu.

Rata-ratanya memuji tindakan keluargnya itu termasuk mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ kepada anak sulung keluarga itu.

Simple sahaja kan? Tak susah pun kan nak buat,” komen seorang pengguna.

“Selamat hari jadi along, semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, semoga along menjadi ank yang soleh untuk ibu dan ayah. Amin 33 kali,” ucap seorang lagi pengguna.

“Hebatnya mak ayah adik-adik ni didik anak-anaknya. Semoga bahagia selalu dan dikurniakan rezeki dan kesenangan dunia akhirat,” tulis pengguna lain di ruangan komen.

“Dia (along) peluk mak dia pun aku dah melalak,” komen seorang pengguna lagi.

Untuk makluman, video ini mendapat tontonan lebih 790,000 pengguna dengan lebih 100,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.

Sumber: TikTok @pokmungchannel_2

BACA JUGA: Video Bapa Sering Tawar Diri Mahu Ikut Tiap Kali Anak Keluar Rumah Raih Perhatian

BACA JUGA: “Boleh Hantar Olimpik LA Ni”, Aksi Penerjun Sarawak & Pulau Pinang Raih Perhatian