Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Boleh Hantar Olimpik LA Ni”, Aksi Penerjun Sarawak & Pulau Pinang Raih Perhatian

Iqbal Yasir
Penerjun Sarawak
Gambar: TikTok @rtm

“Boleh Hantar Olimpik LA Ni”, Aksi Penerjun Sarawak & Pulau Pinang Raih Perhatian

Seperti yang semua sedia maklum, Sukan Malaysia atau SUKMA sedang berlangsung dengan meriah dengan Sarawak sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini.

Menjadi temasya sukan terbesar tanah air, SUKMA adalah plaform untuk mencungkil bakat-bakat tempatan untuk dibawa bertanding di pentas yang lebih tinggi.

Jadi tak hairanlah, tumpuan rakyat Malaysia tertumpu ke arah Bumi Kenyalang dan mengikuti rapat semua acara-acara yang dipertandingkan.

Misalnya sejak semalam, rakaman terjunan atlet terjun dari Sarawak, Elvis Priestly menjadi tular di media sosial.

Aksi penerjun Sarawak dan Pulau Pinang jadi viral

Aksi menakjubkan yang ditampikan oleh penerjun muda itu dalam acara 3 meter papan anjal lelaki menjadi bualan warga maya hingga ke saat ini.

Dalam video tersebut, menunjukkan penerjun muda itu melakukan terjunan berkualiti dan hanya menghasilkan percikan air yang minimum.

Lebih manis, persembahan baik yang ditampilkan menyaksikan Elvis berjaya memenangi pingat emas untuk kontinjen tuan rumah.

Tukar bidang ke ni?

Selain aksinya yang menjadi bualan ramai, warga maya juga tertarik dengan namanya yang serupa dengan nama penyanyi legenda Amerika Syarikat, Elvis Presley.

Sementara itu, atlet terjun Pulau Pinang turut mencuri perhatian apabila melakukan terjunan ‘membelah’ air.

Comel je dik

Manakala Onell Lee menjadi atlet terjun paling muda dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dengan masih berusia 12 tahun.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji penampilan hebat para atlet tersebut. Bahkan sebahagian mereka turut menyifatkan altet-atlet ini antara calon penerjun Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Berikut antara komen pengguna;

“Abang dulu mandi parit je dik,” komen seorang pengguna.

“Semoga terus berjaya adik suatu hari akan ke olimpik,” tulis pengguna lain

“Dah boleh hantar ke Olimpik LA ni,” seloroh seorang pengguna.

“Dah tengok Elvis Priestly dari Sarawak terjun memang hebat, nama pun artis penyanyi barat,” puji seorang lagi pengguna.

Untuk makluman sukan terjun menawarkan 19 pingat emas sepanjang lima hari pertandingan bermula semalam hingga 23 Ogos.

Sumber: TikTok @rtm (1),(2),(3)

BACA JUGA: Danish Iftikhar, Nur Afrina Raja Dan Ratu Pecut SUKMA 2024

BACA JUGA: Cecah Lebih 360 Juta Pengikut, Ini 10 Kelab Bola Sepak Dengan Peminat Paling Ramai Di Dunia

BACA JUGA: Mampu Muatkan 92 Ribu Penonton, Arab Saudi Rancang Bina Stadium Terbesar Dunia