Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PUTRAJAYA, 20 OGOS 2024 – YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan TYT Shri Gajendra Singh Shekhawat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Republik India telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Bidang Pelancongan serta Program Persefahaman dalam Bidang Kebudayaan, Seni dan Warisan sempena lawatan rasmi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke Republik India pada 19 hingga 21 Ogos 2024.
Pertukaran kedua-dua MoU ini telah diadakan dalam Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman yang disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Shri Narendra Modi, Perdana Menteri Republik India.
Majlis yang berlangsung di New Delhi, India ini menandakan satu langkah penting dalam usaha kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik dalam bidang kebudayaan dan pelancongan.
Pemeteraian Perjanjian Kebudayaan ini berupaya mempertingkat kerjasama dalam bidang kebudayaan melalui pelaksanaan pertukaran kepakaran selain sinergi dalam bidang latihan, penyelidikan dan persembahan kebudayaan ke arah pembangunan produk dan perkhidmatan industri seni, budaya serta warisan negara.
Pemeteraian MoU dalam bidang pelancongan pula akan mengukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan India dalam penggalakan, promosi dan pemasaran pelancongan, peningkatan pelancongan perniagaan (MICE) serta pembangunan pelancongan berteraskan komuniti, ekopelancongan dan responsible tourism.