Siakap Keli
perlawanan akhir piala fa
Gambar: BERNAMA

Perlawanan Akhir Piala FA: Siapa Bakal Bergelar Juara?

Perlawanan Akhir Piala FA: Siapa Bakal Bergelar Juara?

Piala FA bakal melabuhkan tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok, 24 Ogos yang menyaksikan perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor, lapor Stadium Astro.

Perlawanan ini menjadi tumpuan apabila para peminat membuat jangkaan sama ada JDT dapat mengekalkan status juara atau Selangor bakal berjaya merampas takhta tersebut musim ini.

Mengikut rekod, JDT telah memegang status juara secara berturut-turut pada 2022 dan 2023. Manakala Selangor pula pernah menjuarai Piala FA sebanyak lima kali. Namun, pasukan tersebut menjulang piala buat kali terakhir pada 2009, lapor Astro Awani.

BACA: Danish Iftikhar, Nur Afrina Raja Dan Ratu Pecut SUKMA 2024

Dalam masa yang sama, pertembungan jam 9 malam esok turut bakal menyaksikan pertemuan dua pemain tumpuan dari kelab masing-masing. Kedua-dua pemain, Romel Morales (JDT) dan Alvin Fortes (Selangor) mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak musim ini iaitu lima jaringan.

Kedua-dua pasukan ini akan dipimpin oleh kapten masing-masing, iaitu Safuwan Baharudin bagi Selangor dan Jordi Amat bagi JDT.

https://www.instagram.com/p/C-_8NW0hNui/

Menerusi sidang media, kapten pasukan Selangor FC, Muhammad Safuwan Baharudin berpendapat bahawa kedua pasukan yang bakal bertembung mempunyai kualiti pemain tersendiri. Dia turut menyatakan hasrat pasukannya mendapatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut berbekalkan motivasi yang positif, lapor Bernama.

BACA: Ronaldo Lancar Saluran YouTube, Raih 1 Juta “Subscribers” Dalam Tempoh Sejam

“Motivasi untuk ke final, bila saya keluar daripada Selangor dan kembali semula ke Selangor, impian saya ialah untuk bawa pasukan ini ke final dan ini merupakan pencapaian terbaik bagi saya terutama sebagai ketua pasukan.

“Kami semua gembira untuk berada di sini, macam jurulatih kata, perlawanan akan jadi 50-50, tetapi tiada siapa datang ke sini untuk kalah, kita ada sasaran sendiri,” katanya kepada pemberita ketika sidang media kelab tersebut.

Sebagai persediaan perlawanan akhir Piala FA, pihak polis telah membuat pengumuman untuk menempatkan kira-kira 2,400 anggota polis di kawasan sekitar. Pihak polis turut mengingatkan penonton yang hadir untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi, lapor Bernama.

“Pemeriksaan akan dilakukan sebelum dan selepas memasuki stadium iaitu pemeriksaan badan dan beg bagi mengelakkan barangan terlarang dibawa masuk.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat penyokong dan penonton perlawanan yang melanggar arahan ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa pada Rabu lalu.

Pihak syarikat Rapid Rail Sdn Bhd turut memaklumkan bahawa waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Ahad. Menurutnya lagi, tren tambahan bakal disediakan agar dapat menampung jumlah penonton bola sepak Sabtu nanti.

BACA: Piala FA: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 1 Pagi

Sumber: Stadium Astro, Astro Awani, BERNAMA (1) (2) (3)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.