Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Dua Wilayah Selangor
Pihak Air Selangor memaklumkan dua kawasan di negeri itu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 1 tengah hari, hari ini.
Kawasan di wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam terjejas disebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Bernam (LRA Sungai Bernam).
Henti tugas ini berikutan berlaku aliran kepala air di Sungai Bernam menyebabkan kekeruhan air mentah yang tinggi. Berikutan itu, pihaknya memberi jaminan untuk meminimumkan kesan terhadap para pengguna. Bantuan alternatif juga digerakkan dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal.
“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.
BACA: 8.5 Juta Bakal Terima STR Fasa 3 Minggu Depan
“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com,” kata Air Selangor menerusi pengumuman tersebut di laman X.
Berikut merupakan senarai kawasan yang terjejas.
Kawasan-kawasan di dua wilayah yang terjejas


BACA: Berlian 2,492 Karat Ditemui Di Botswana, Kedua Terbesar Di Dunia



BACA: Kenapa Mata Jadi Merah Lepas Berenang Di Kolam Renang? Ini Sebabnya



Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh mendapatkan maklumat daripada aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com.
Sumber: Air Selangor via X