Tular Rakaman Detik Cemas Kru Kapal TLDM KD Pendekar Ketika Diselamatkan
Tular di media sosial, satu video yang memaparkan detik-detik cemas 39 kru Kapal Diraja (KD) Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diselamatkan selepas sebahagian kapal itu tenggelam akibat mengalami banjir besar dan kebocoran.
Insiden yang berlaku kira-kira 12 tengah hari tadi terjadi di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor itu.
Difahamkan, kesemua 39 kru kapal yang berada untuk penugasan operasi pada jam 12 tengah hari itu berdepan detik cemas apabila kadar air masuk dengan laju dan parasnya berada di catwalk selepas dipceryai berlaku pelanggaran dengan objek bawah air.
“Kebocoran mula dikesan di bilik jentera kapal sebelum merebak dengan cepat dan keadaan menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun, semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya.
“Fokus utama TLDM sekarang adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal berkenaan,” memetik kenyatan TLDM yang dikeluarkan pada Ahad.
Susulan kejadian itu, lembaga siasatan khas telah ditubuhkan dengan kadar segera oleh TLDM untuk mengenal pasti punca kejadian yang terjadi.
Memetik Bernama, KD Pendekar yang merupakan kapal perang jenis pembinasa laju, telah dibina oleh Karlskrona Varvet Shipyard di Sweden dan dilancarkan pada 11 Nov 1978 sebelum ditauliahkan pada 27 Julai 1979.
Perkara itu telah disahkan oleh laman sesawang Pusat Strategi Maritim TLDM (PUSMAS).
Pada awalnya, ia diletakkan dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Kedua sebelum diserap ke Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama di bawah Flotila Ronda.
https://www.facebook.com/ct.zalinasp/videos/3703265103246725/?idorvanity=1760772400892900
Sumber: BERNAMA, TLDM
BACA: Kapal TLDM KD Pendekar Terkandas Di Tanjung Penyusop Akibat Kebocoran, Kebanjiran Besar