Video Dr Akmal Saleh Beri Pingat Datuk Kepada Ibu Bapa Undang Sebak Netizen
“Tiada ayah.. tiadalah orang (saya) hari ini. Terima kasih ayah.”
Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh kepada bapanya selepas menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada Ahad.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di akaun TikTok, beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu menuju ke rumah kedua ibu bapanya selepas menerima Darjah tersebut.
“Datuk ini bukan milik saya tetapi untuk ibu dan ayah”
Dalam klip tersebut, Dr Akmal yang masih lengkap berpakaian ragam rasmi menganggap pangkat yang dianugerahkan kepadanya adalah hasil didikan kedua orang tuanya.
Menurut Akmal, mereka berdualah yang berhak menerima pangkat tersebut berbanding dirinya.

“Ini untuk ayah, boleh panggil Datuk Saleh dah.
“Terima kasih ayah, ini bukan untuk orang (saya) tau. Ni untuk ayah,” kata Dr Akmal sambil meletakkan songkok dan selempang yang dipakainya kepada bapanya.
Lebih menyentuh hati apabila ayahnya turut menitiskan air mata sambil bertanya, “Bila dapat ni (DMSM)?”.
Darjah kebesaran itu turut dikongsikan oleh beliau bersama ibunya yang nyata tidak dapat menahan sebak melihat anak kebanggaanya menjadi insan berjaya.
Ketika bertemu kedua orang tuanya, Dr Akmal mengucapkan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan mereka kerana mendidiknya sejak kecil dengan didikan terbaik.

“Terima kasih mak.. Kalau tiada mak dan ayah, tiadalah (saya) hari ini. Ni bahagian (penghargaan) untuk mak dengan ayah.
“Dulu, kita fikir dapat ni kan kita susah. Ni tiada mak didik orang (saya) ni tiadalah dapat ni,” luahnya kepada syurga tercinta.
Perkongsian klip ini mendapat pelbagai reaksi wargamaya yang turut ‘banjir’ air mata ketika melihat momen tiga beranak itu.
Untuk makluman, Dr Muhamad Akmal Saleh menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada hari ini.
Beliau termasuk 352 individu yang tersenarai untuk menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam ke-75.
@drakmalsaleh Anugerah ini bukan untuk saya tetapi untuk mereka berdua Selamanya syurga saya
Sumber: TikTok @dramkalsaleh