Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Empat Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda empat buah negeri pada petang ini.
Negeri yang terlibat adalah Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Cuaca buruk ini dijangka berterusan hingga jam 6 petang ini.
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Kuching), Samarahan (Simunjan), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Miri (Subis dan Miri).
“Sementara itu, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) antara kawasan yang diramal mengalami cuaca buruk di Sabah.
Semalam MET Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora untuk aktiviti perkapalan (kategori pertama).
Difahamkan angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan.
Amaran cuaca buruk ini dikeluarkan pada hari ini dan dijangka bermula pada 28 Ogos 2024 sehingga Sabtu, 31 Ogos 2024.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” maklum MET Malaysia lagi.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
BACA: Mohd Zuki Ali Dilantik Pengerusi Baharu KWSP, Berkuat Kuasa Mulai 1 September
BACA: Terbabas Langgar Penghadang Jalan, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Tunggu Bantuan
BACA: Dilapor Hilang Lebih Tujuh Hari, Isteri Mohon Bantuan Kesan Faizal Ahmad