Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya

Ganti Logo Ikonik Gunung Jerai, Ini Maksud Logo Baru MODENAS

Fazidi

Ganti Logo Ikonik Gunung Jerai, Ini Maksud Logo Baru MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) iaitu anak syarikat kepada DRB-Hicom Berhad (KLSE:DRBHCOM) telah melancarkan logo dan identiti jenama baharu, semalam.

Pelancaran logo dan identiti baru itu menjadi tanda aspirasi berani yang dimiliki oleh MODENAS untuk masa depan yang memberi tumpuan kepada pengembangan global, teknologi baharu, dan penyelesaian yang lebih bersih.

Begitu pun, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah maksud di sebalik logo baru MODENAS ini?

Jika logo lama yang diperkenalkan pada 1996 menampilkan huruf M dengan imej Gunung Jerai, bagaimana pula dengan logo baru ini?

Menurut MODENAS, logo berkenaan diinspirasikan daripada huruf ‘M’ yang diambil daripada perkataan MODENAS. Simbol M itu pula digayakan dalam bentuk yang lebih moden dan berani.

Logo baru MODENAS bawa maksud tersendiri

Manakala huruf M berkenaan pula diletakkan di dalam bulatan yang menggambarkan ketepatan dan identiti baharu.

Selain kekal dengan warna biru dan putih, logo baru ini juga turut diperkenal dalam varian kelabu dan platinum MODENAS.

Logo jenama MODENAS

Sementara elemen “Road Star” yang baru merujuk kepada arah baharu jenama berkenaan yang menekankan kepimpinan industri, keupayaan menyesuaikan diri dan komitmen untuk pertumbuhan.

Varian baru MODENAS Kriss 110 turut dilancarkan

Sempena majlis pelancaran logo dan identiti baru itu, MODENAS turut melancarkan varian terkini MODENAS KRISS 110.

Difaham, varian baru itu adalah lebih mesra alam dan menjadi model KRISS pertama yang menepati piawaian pelepasan Euro 4 yang ketat.

Ia sekaligus mempamerkan komitmen MODENAS terhadap kelestarian dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar global.

Malah, pelancaraN model tersebut juga menandakan pasaran yang lebih luas bagi MODENAS ke arah inisiatif yang lebih besar untuk memperkenalkan lebih banyak varian mesra alam pada masa hadapan.

BACA: Tanah Mendap Berlaku Berdekatan Lokasi Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

Sumber: Kenyataan media MODENAS