Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bayi Baru Lahir Ditemukan Di Surau
NILAI, 29 Ogos (Bernama) — Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung penemuan bayi terbabit kira-kira 8.14 malam.
BACA: DBKL Sahkan Kejadian Longkang Runtuh Di Kampung Kerinchi
“Siasatan awal mendapati seorang individu tidak dikenal pasti telah meletakkan bayi lelaki itu di atas sofa surau berkenaan pada waktu maghrib dan beredar dari surau dengan menaiki kenderaan.
“Bayi dianggarkan baru lahir dalam tiga hari itu dalam keadaan baik, tiada kesan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Dilapor Hilang Sejak Ahad, Lelaki Ditemui Lemas
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sumber: BERNAMA