Tak Pernah Tengok, Rupanya Ini Keadaan Dalam Bahagian Bagasi Pesawat
Apabila melancong atau berjalan jauh atas urusan kerja, faktor utama pemilihan beg pastinya yang dapat mengisi pakaian dan barang keperluan, termasuk mempunyai ciri-ciri tahan lasak. Pun begitu, kebanyakan dari kita lebih gemar memilih bagasi beroda bagi memudahkan perjalanan.
Dengan adanya bagasi beroda atau luggage, beban yang berat bukan lagi penghalang untuk kita berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat dengan lancar tanpa rasa penat. Namun, bagasi yang terlalu besar dan berat sememangnya sukar untuk disimpan di ruang penumpang.
Disebabkan itu, kebiasaannya bagasi yang melebihi tujuh kilogram tidak dibenarkan dibawa ke kabin dan mesti disimpan di bahagian penyimpanan. Hal ini bertujuan memastikan keselamatan penumpang sepanjang penerbangan.
BACA: Paling Dinanti, Ramai Minta Unit K-9 Diberi “Screen Time” Lebih Masa Sambutan Merdeka
Jika kita menaiki bas, semua penumpang dapat melihat dan menyusun sendiri bagasi di bahagian perut bas. Namun apabila menaik kapal terbang, tidak ada seorang pun penumpang dibenarkan berada di kawasan lapangan, apatah lagi melihat tempat dan proses penyimpanan bagasi.
Pernahkah anda terfikir, bagaimana keadaan bahagian penyimpanan bagasi dalam kapal terbang, dan bagaimana bagasi penumpang disusun? Adakah kesemua pekerja yang menyusun bagasi penumpang berbadan sasa sehingga mampu menyusun kesemua bagasi dengan setiap satunya melebihi tujuh kilogram?
Seorang pengguna TikTok, Dj Sugue, yang juga seorang pekerja di lapangan terbang berkongsi video cara menyusun bagasi penumpang di dalam perut pesawat. Pekerjaan ini dipanggil ejen ramp.
BACA: Bayar Roti Dengan Senyuman, Lelaki Ini Kongsi Rezeki Di Lampu Isyarat
Menerusi video tersebut, lelaki itu kelihatan begitu santai menanti ketibaan bagasi yang bergerak menggunakan sejenis tali sawat yang dipanggil snakebelt. Lelaki tersebut turut dilihat sempat berbaring sambil memeluk bagasi seperti bantal.
“Saya suka bila ada snakebelt sebab ia mudahkan kerja memuatkan (bagasi ke dalam) kapal terbang,” katanya.
@djsugue I love it when you have a snakebelt because it makes it easier to load a flight ❤️✈️🧳 #fyp #travel #aviation #airport #avgeek
Perkongsiannya itu membuatkan ramai warga maya terkejut, juga seriau kerana tidak menyangka ada manusia yang berada di situ.
“Ada orang di dalam benda itu?” Seorang warga maya yang terkejut.
“Kerisauan saya tak benarkan saya buat kerja ini, saya terlalu takut kalau terkunci di dalam sana,” ujar seorang warga maya lagi
“Dia memang kuat dari saya, kalau saya mesti dah terjaga dengan bagasi semua timpa saya,” seloroh seorang warga maya.
Sumber: DJ Sugue via TikTok