Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kamera teleskopik diguna
Kredit: BERNAMA

Kamera Teleskopik Diguna Dalam Operasi SAR Malam Ini

Azizah Najib

Kamera Teleskopik Diguna Dalam Operasi SAR Malam Ini

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) – Kamera teleskopik dijangka digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) malam ini dalam usaha mengesan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sumber berkata kamera itu mempunyai gabungan teknologi yang terdapat pada kamera push rod dan crawler yang digunakan sebelum ini.

BACA: Tanah Mendap: Tiada Kebocoran Paip Berhampiran Jalan Masjid India – Air Selangor

“Peralatan ini ditawarkan secara percuma oleh pihak swasta kepada pasukan SAR untuk membantu usaha SAR dan akan digunakan malam ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata penggunaan kamera itu akan membantu pasukan SAR melihat imej lebih jelas terutama di lurang kumbahan dua di kawasan pencarian yang dikesan tersumbat akibat sisa sampah dan backlog.

BACA: Tanah Jerlus: Dua Kali Bomba ‘Selam’ Stesen Pam Sisa Kumbahan Cari Mangsa

Tinjauan Bernama mendapati jentera berat seperti kren berada di lokasi dipercayai untuk membantu usaha SAR yang kini masuk hari kelapan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad memaklumkan bahawa usaha SAR dengan kaedah penyelaman adalah terlalu berisiko.

BACA: Pasar Malam Lorong TAR Ditutup Esok Bagi Operasi SAR Di Jalan Masjid India

Ia susulan faktor risiko yang dikenal pasti iaitu aliran air bawah tanah yang deras, ruang sempit untuk pasukan penyelamat dan sisa-sisa sampah serta backlog yang keras di kawasan carian.

Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Sumber: BERNAMA