Harga Petrol RON97, Diesel Turun Lagi
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing dilaporkan turun sebanyak 2 sen seliter.
Kini, harga RON97 ditetapkan pada RM3.40 seliter, manakala diesel pada RM3.16 seliter.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan bahawa harga baharu ini akan berkuat kuasa mulai Khamis sehingga 11 September ini.
Menurutnya, harga RON95 bagaimanapun kekal pada RM2.05 seliter.
Manakala, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan masih di paras RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.
BACA: Lazada 9.9 Kembali Lagi Dengan Lebih Banyak Tawaran & Diskaun Sehingga 90%
BACA: Tayangan Filem Aksi Komedi Amazon Original HOUSEKEEPING? Bermula 5 September 2024
Sumber: Sinar Harian