Siakap Keli
Planet Zuhal langit kl
Gambar: MYSA

Planet Zuhal Dan Bulan-bulannya Boleh Dilihat Di Langit KL Bermula Malam Ini 

Planet Zuhal Boleh Dilihat Di Langit KL Bermula Malam Ini 

Orang ramai berpeluang melihat planet Zuhal dan bulan-bulannya pada posisi istiqbal (bertentangan dengan matahari) bermula jam 08:01 malam ini.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan di langit Kuala Lumpur (KL), planet Zuhal akan kelihatan sepanjang malam di buruj Aquarius.

“Ia boleh disaksikan bermula jam 08:01 malam, pada ketinggian 10 darjah di atas ufuk timur sehingga jam 06:28 pagi keesokan harinya pada ketinggian 10 darjah di atas ufuk barat.

“Pada jam 01:08 pagi, 9 September 2024, planet Zuhal akan berada di kedudukan paling tinggi iaitu pada ketinggian 79 darjah,” kata MYSA.

MYSA juga berkata semasa peristiwa itu Zuhal dan bulan-bulannya akan dapat disaksikan di langit Kuala Lumpur dengan menggunakan teleskop pada malam ini, sekitar jam 11.10 malam.

Maklum MYSA Planet Zuhal merupakan planet keenam dari Matahari dan ia merupakan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria.

Planet yang bergelang ini akan bersinar paling terang dengan magnitud ketara 0.6 pada masa tersebut.

“Jika menggunakan mata kasar, Zuhal akan kelihatan seperti titik kekuningan yang terang dan tidak berkelip,” maklum MYSA.

Tambah agensi itu, orang ramai yang ingin melihat sistem gegelang Zuhal dengan penggunaan teleskop adalah sangat digalakkan.

“Orang awam juga boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk menyemak waktu planet Zuhal terbit dan terbenam di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu kenampakan planet tersebut,” kata MYSA lagi dalam kenyataan tersebut.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 27 Ogos 2023 dan ia dijangka berlaku semula pada 20 September tahun depan.

Sebelum ini, Asteroid yang dikenali sebagai 2024 RW1 telah dikesan di ruang angkasa Filipina berdekatan Pulau Luzon pada Rabu dan mendapat perhatian warga maya.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, asteroid yang berukuran kira-kira satu meter itu dilihat melalui ruang udara dengan melepaskan cahaya yang terang tanpa menghentam mana-mana permukaan Bumi.

Asteroid ini dapat dilihat dengan jelas oleh penduduk Santa Ana dan Gonzaga di Lembah Cagayan seperti yang telah dijangka oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA).

https://www.facebook.com/mysaangkasa/posts/pfbid02qRsLB6SedK3bcRciYitccQYUz6ZKvZcqXwQpJhMN8URtqNCfFrG2ZA9RvgQvd17bl

Sumber: Fb MYSA

BACA JUGA: Taufan Yagi: Angka Kematian Di Vietnam Meningkat Kepada 9 Orang

BACA JUGA: Lembut, Ini Cara Buat Thai Milk Bun Viral

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.