Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerap Diberi Biskut Hingga Obes, Oyen Seberat 17kg Berjaya Diselamatkan

Oyen obes 17kg
Kredit: Mirror UK

Kerap Diberi Biskut Hingga Obes, Oyen Seberat 17kg Berjaya Diselamatkan

Seekor kucing berjaya diselamatkan selepas memiliki berat badan berlebihan sehingga tidak mampu berjalan akibat selalu diberi makan biskut.

Menurut The Straits Times, kucing berwarna oren seberat 17 kilogram bernama Kroshik itu diselamatkan daripada ruang bawah tanah di sebuah hospital di Rusia.

Berat berkenaan dikatakan menyamai purata berat seorang kanak-kanak berumur empat tahun.

Pasukan penyelamat berkata, Kroshik dipercayai adalah kucing jalanan dan menjadikan ruang bawah tanah di hospital tersebut sebagai tempat perlindungan.

Difahamkan, seorang kakitangan hospital itu mengambil berat tentang kebajikan Kroshik dan selalu memberikannya makanan seperti biskut serta sup.

Oyen obes hingga berat 17kg gara-gara kerap diberi biskut

“Apa yang berlaku kepada Kroshik ini adalah kes jarang berlaku bagaimana rasa sayang manusia terhadap kucing menyebabkan mereka memberi haiwan itu makanan secara berlebihan,” kata jurucakap Matroskin Shelter.

Matroskin Shelter merupakan pertubuhan kebajikan haiwan yang bertanggungjawab menyelamatkan kucing tersebut.

Doktor haiwan juga mengalami kesukaran untuk melakukan imbasan ultrasound ke atas Kroshik yang dikatakan mempunyai fizikal mirip seperti watak animasi Garfield.

Ia disebabkan kucing berkenaan terlalu obes dan mempunyai lapisan lemak yang sangat tebal.

Buat masa ini, Kroshik ditempatkan di sebuah pusat jagaan haiwan dan akan diberi makanan berdasarkan diet yang bersesuaian.

Malah, kucing tersebut juga perlu mengikuti latihan fizikal seperti berjalan di atas treadmill untuk mengurangkan berat badannya.

Perlu turunkan berat kira-kira 70 peratus

Kroshik perlu mengurangkan kira-kira 70 peratus berat badan semasanya supaya dapat mencapai berat ideal seekor kucing iaitu sekitar 4.5 kg.

Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama kes dimana seorang individu yang berniat baik telah memberikan haiwan peliharan makanan secara berlebihan dilaporkan.

Pada Julai lepas, mahkamah di New Zealand telah memenjarakan seorang wanita selama dua bulan. Ia selepas wanita itu didapati bersalah menyebabkan kematian anjing peliharaannya dengan cara memberi makan secara berlebihan.

Ketika diselamatkan pada 2021, anjing peliharaan wanita itu mempunyai berat kira-kira 53.7 kg. Sepanjang dalam jagaannya, anjing tersebut diberi makan antara lapan hingga 10 ketul ayam sehari, selain makanan lain.

BACA: Khairul Aming Tempah Hotel 5 Bintang, Bawa 100 Orang Staf Bercuti

Sumber: The Straits Times