Siakap Keli
Australia Tetapkan Had Umur
Kredit: AFP

Australia Rancang Larang Kanak-kanak Guna Media Sosial

Australia Rancang Larang Kanak-kanak Guna Media Sosial

Australia akan melarang kanak-kanak daripada menggunakan media sosial dengan cadangan menetapkan had umur minima kepada 16 tahun, lapor AFP.

Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata, satu undang-undang yang berkaitan akan diperkenalkan pada tahun ini.

Beliau turut menggambarkan kesan media sosial kepada kanak-kanak sebagai “bencana”.

Buat masa ini, had umur minimum untuk kanak-kanak menggunakan seperti Facebook, Instagram dan Tiktok masih belum diputuskan. Namun Albanese berkata, ia mungkin ditetapkan antara 14 hingga 16 tahun.

Dalam beberasa siri pertemuan media, Albanese turut menyatakan pilihan peribadinya bahawa akses media sosial perlu dihalang untuk kanak-kanak berumur di bawah 16 tahun.

Tambahnya lagi, ujian pengesahan umur akan dijalankan dalam beberapa bulan akan datang sebelum undang-undang diperkenalkan pada akhir tahun ini.

“Saya mahu melihat kanak-kanak menjauhkan diri daripada peranti mereka dan ke padang bola sepak, kolam renang dan gelanggang tenis

“Kami mahu mereka mempunyai pengalaman sebenar berinteraksi dengan orang sebenar kerana semua tahu bahawa media sosial menyebabkan kemudaratan sosial berlaku,” katanya lagi.

BACA: Suami Isteri Tak Jadi Cerai Selepas Dengar Radio ERA Putar Lagu Kenangan Zaman Bercinta

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.