Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Berterusan Dijangka Landa Empat Negeri

Athirah

Hujan Berterusan Dijangka Landa Empat Negeri

Jabatan Meteorologikal Malaysia (Met Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan empat negeri bermula 15 hingga 18 September ini.

Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi agensi cuaca itu, amaran tersebut dikeluarkan bagi negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

Met Malaysia berkata, amaran itu dibuat selepas analisis terhadap model-model cuaca mendapati penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah bermula 13 hingga 18 September.

Empat negeri dijangka dibadai hujan berterusan

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara,” kata Met Malaysia lagi.

Selain itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Selat Mekala Utara turut dikeluarkan berkuat kuasa pada 13 hingga 18 September.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” kata Met Malaysia lagi.

BACA: Nur Fazura Failkan Penceraian Terhadap Fattah Amin

Sumber: Met Malaysia