Siakap Keli
uai merasa penangan rxz
Kredit: Ustaz Azhar Idrus

Sempoi, UAI Sempat Diberi Peluang “Ride” RXZ 

Sempoi, UAI Sempat Diberi Peluang “Ride” RXZ 

Setiap individu semestinya mempunyai hobi tersendiri yang ingin dikongsi bersama. Namun, bukan semua orang dapat mempunyai ruang dan peluang bertemu dengan peminat hobi yang sama.

Jadi sebagai inisiatif, kebiasaannya para peminat sendiri yang akan mengadakan acara agar mereka dapat bertemu dan berkongsi minat bersama yang lain. Itulah yang dilakukan oleh peminat motor RXZ di Malaysia semenjak enam tahun lalu.

Hari ini, warga Terengganu menyaksikan pembukaan acara RXZ Members 6.0 dengan berkumpulnya pemilik-pemilik motor jenis RXZ di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak. Acara yang berlangsung sehingga Sabtu ini dijangka menghimpunkan lebih 80,000 peserta dari seluruh negara.

BACA: MB Terengganu Ucap Selamat Datang, Jemput “RXZ Members” Imarahkan Masjid & Surau

Keterujaan para peserta disambut dengan acara pertama iaitu sesi Sembang Santai RXZ Members 6.0 bersama penceramah bebas negeri itu, Ustaz Azhar Idrus (UAI) petang tadi. Para peserta menyambut kedatangan UAI dengan penuh meriah menerusi rakaman yang dimuat naik di media sosial.

Sejurus ketibaan, UAI dilihat menaiki salah satu motor RXZ sebelum menaiki pentas ceramah. Menerusi perkongsian di laman TikTok miliknya, salah seorang petugas dilihat menolak motor RXZ yang dinaiki UAI sejauh beberapa meter.

Dengan berjubah lengkap berkopiah, UAI dengan santai menaiki motor jenis RXZ berwarna neon berbelang biru dan merah jambu yang disediakan itu. Para peserta acara turut bersorak melihat gelagat UAI.

BACA: “Fighter” Kental, Angkut Jentera Naik Kontena Dari Sabah, Sarawak Sertai RXZ Members 6.0

Biarpun dirinya dikenali sebagai seorang penceramah agama, UAI tidak melepaskan peluang untuk mendekati jiwa anak muda dengan merasa sendiri ‘penangan’ menaiki motor RXZ tersebut.

Setelah turun dari motor berkenaan, UAI sempat berseloroh bersama para petugas dan peserta sebelum naik ke pentas utama. Gelagat UAI yang dirakam itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

@ustaz.azhar.idrus

@Ustaz Azhar Idrus Official @UAItube #rxz_members_official #rxzmalaysia

♬ original sound – 🅰️long82fighter🚫 – 🅰️LoNG@BlackPantherCops

“Terbaik ustaz, ni baru betul layan hobi orang,” kata seorang warga maya.

“Jubah itu tak tinggal, masya Allah UAI. Tinggi akhlak,” puji seorang lagi.

“Kesayangan anak-anak muda Malaysia,” ujar warga maya.

Menerusi laman Instagram RXZ Members Official, acara diteruskan pada malam ini dengan persembahan daripada penyanyi Tam Spider, Azmani Kulit, Ayie Lantana dan kumpulan rock Barbarik.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.