MejaCon 2024: Konvensyen Permainan Atas Meja Di Cyberjaya
KakiTableTop dan MejaBoardgames dengan bangganya membawakan kepada warga Malaysia, sebuah konvensyen permainan atas meja (tabletop games), MejaCon 2024 di Universiti Multimedia Malaysia, Cyberjaya.
MejaCon 2024 turut dianjurkan bersama komuniti Malaysian Board Games To-Go, Imagine Games, Abami’s Pasar Malam Board Game, Nightshade Tavern, DICE Dive Into Imagination for Creative Entertainment MMU dan Trading Card Games MMU.
Konvensyen yang berlangsung pada 13 hingga 15 September ini membawakan pelbagai permainan atas meja yang boleh dimain oleh para pengunjung secara percuma tanpa had. Buat julung kalinya, MejaCon 2024 menampilkan beberapa segmen baru iaitu segmen permainan kad, miniatur, dan main peranan (role-playing).

BACA: Leia Mayssa Wakil Malaysia & Asia Tenggara Ke Kem Matematik Antarabangsa
Seperti konvensyen sebelum ini, segmen permainan papan menyajikan pelbagai permainan papan yang jarang ditemui di Malaysia seperti Pandemic, Scout dan Azul. Bagi mereka yang inginkan permainan ringkas dan mudah difahami, pihak penganjur turut menyediakan party games yang sesuai dimain bersama keluarga seperti Tuki dan Nekojima.

Bagi segmen permainan kad pula, konvensyen ini menampilkan permainan kad terkemuka di dunia iaitu Star Wars Unlimited, Magic: the Gathering, Pokémon, Dragon Ball Super, Digimon, Disney’s Lorcana, Altered, Flesh & Blood, Ultraman, Cardfight Vanguard, Union Arena, dan One Piece.
Di segmen miniatur pula, permainan seperti Marvel: Crisis Protocol, Warhammer 40,000 dan Warhammer Age of Sigmar disediakan untuk para pengunjung.
BACA: Bawa Lagu Bahasa Jiwa Bangsa, SMPC Chong Hwa Juara Pertandingan Koir
Bagi mereka yang meminati permainan bertemakan pengembaraan, pengunjung boleh menyertai sesi Dungeons & Dragons di segmen role-playing. Perancang Permainan (Game Master) akan membawa pengunjung menjelajahi dunia melawan naga dan raksasa di samping menjadi kesatria penyelamat yang menjadi idaman para gadis.

Selain daripada itu, konvensyen ini turut membuka peluang kepada para pengunjung mencuba permainan-permainan baru hasil kreativiti anak tempatan. Antara yang dibawa kali ini ialah Faculty of Fun, LUMA creative studio, Meja Belakang, Elemana Chronicles, Centaur Games dan Perfect Hole Production.
Dengan penganjuran konvensyen ini, pihak penganjur MejaCon berharap dapat mengembangkan komuniti yang beraktiviti di luar gajet di samping bersaing dengan minda dan kreativiti.
Sumber: MejaCon