Kongsi Sebab Gemar Bercuti Bawa Anak-Anak, Coretan Watie Buat Ramai Sebak
Coretan panjang Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak terkenal Shuib, baru-baru ini di akaun Instagramnya telah mengundang rasa sebak ramai netizen.
Dalam coretan tersebut, Watie menceritakan sebab mengapa dia lebih gemar bawa anak-anak bersama setiap kali bercuti.
Menurut Watie, hatinya tidak berasa tenang apabila terpaksa berjauhan dengan anak-anak untuk tempoh yang lama.
“Antara sebab kenapa kalau boleh bila berjalan Mummy nak bawa anak-anak bersama.
“Mummy pula sejenis hati tisu. Dapat mesej begini pagi-pagi terus berfikir sepanjang jalan.
“Lepastu Mummy pula tak boleh kena tinggal dengan Daddy, membontot saja kerjanya. Terpaksalah tinggal anak-anak,” katanya.
Dalam coretan panjang itu, turut dikongsikan satu mesej yang diterima pada awal pagi daripada anaknya yang meluahkan rasa rindu kerana ketiadaan Watie di sisi.
“Inilah anak yang hari-hari mesti tanya, Mummy lagi sayang siapa, siapa anak favourite Mummy.
“Letih Mummy nak explain yang mak ayah ini tiada istilah ada anak favourite. Mesti kena sayang semua sama rata. Tak lebih, tak kurang,” katanya.
Dalam pada itu, Watie turut mengakui bahawa sebagai ibu, dia juga ada masa-masanya perlu bersikap tegas.
Namun, dia bersyukur kerana anak-anaknya memahami peranan seorang ibu.
“Bagi yang bertanya, Mummy tak pernah marah ke, tak pernah garang ke, Mummy sebenarnya garang juga. Anak-anak pun faham.
“Tetapi Mummy sangat bersyukur kerana anak-anak boleh membezakan bila Mummy perlu tegas seperti ibu-ibu lain, bila Mummy akan memanjakan mereka, bila Mummy perlu jadi kawan, dan bila kadang-kadang Mummy boleh bertindak seperti kanak-kanak bersama mereka,” katanya lagi.
BACA: Tip: Ini 6 Punca Kereta Cepat Rosak
Tambahnya lagi, menjadi ibu selepas berkahwin dengan Shuib bukanlah tugas yang mudah.
Watie merasakan dirinya masih banyak kekurangan sebagai seorang ibu dan tidak sehebat ibu-ibu lain dalam mendidik anak-anak.
“Mummy banyak kekurangan. Kadang-kadang, Mummy rasa Mummy tak pandai macam mak-mak lain dalam mendidik supaya anak-anak jadi anak yang pandai.
“Tapi Mummy banyak belajar daripada Daddy bab kasih sayang. Daddy selalu cakap, bila anak-anak penuh kasih sayang, insya-Allah mereka akan jadi yang terbaik,” tambahnya.
https://www.instagram.com/p/C_2aD7SPOt8/?igsh=and2ZWI0bG52Z2hn
Perkongsian Watie ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen.
Kebanyakan daripada mereka tersentuh dengan keikhlasan Watie dalam berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya.
Ramai juga yang mendoakan agar kebahagiaan Watie dan keluarganya terus berkekalan.
BACA: Mirip ‘Pasang Badan’ DJ Nazz, Aksi ‘Pasang Masjid’ Dengan Imam Buat Ramai Terhibur
BACA: Hujan Lebat, Ribut Petir & Angin Kencang Diramal Badai 8 Negeri Sehingga 10 Malam Ini
Sumber: iamwatie via Instagram