Hujan Lebat, Ribut Petir & Angin Kencang Diramal Badai 8 Negeri Sehingga 10 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur sehingga jam 10 malam ini.
Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi agensi cuaca itu, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.
8 negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekeutuan Putrajaya, Johor dan Melaka.
Manakala di Pahang pula, amaran yang dikeluarkan hanya melibatakan kawasan Tanah Tinggi Cameron.
Di Perak, kawasan yang terjejas dengan amaran tersebut adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Seterusnya di Selangor, amaran serupa dikeluarkan untuk kawasan-kawasan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Beberapa kawasan di lapan negeri terlibat
Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin adalah kawasan-kawasan yang termasuk dengan amaran itu di Negeri Sembilan.
Di Sabah pula, MetMalaysia mengeluarkan amaran tersebut untuk kawasan di Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).
BACA: Air Pasang Besar Dilapor Landa Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Hari Ini
BACA: Mirip ‘Pasang Badan’ DJ Nazz, Aksi ‘Pasang Masjid’ Dengan Imam Buat Ramai Terhibur
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid026DwD6sDq8EeEFyrL3pdMfrTjXWfJtz6i8ezk3XyiezrgGQtLBDohF97mbTs86tVl
Sumber: METMalaysia via Facebook