Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran tersebut melibatkan seluruh negeri Perlis.
Manakala, di negeri Perak pula melibatkan daerah Kuala Kangsar, Hulu Perak, Selama, Larut Matang dan Kerian.
Bagi negeri Kelantan, amaran membabitkan kawasan Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat.
Di Terengganu, hanya satu daerah saja dijangka terlibat iaitu di Kemaman.
Sementara itu, di Pahang pula menyaksikan amaran hujan lebat melibatkan daerah Maran, Rompin, Pekan dan Kuantan.
Beralih ke negeri Johor, hanya daerah Johor Bahru yang terlibat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
Susulan amaran cuaca ini, orang ramai yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan untuk berhati-hati.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan