Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

4 Negeri Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Hingga Malam Ini

4 Negeri Diramal Hujan
Gambar: AI/Flow

4 Negeri Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurutnya, amaran itu membabitkan seluruh negeri Kelantan.

Selain itu, di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Dungun.

Hujan lebat juga diramal melanda daerah Pekan dan Rompin di Pahang.

Di Johor, daerah Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi dijangka turut terlibat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 7 malam.
  • Amaran itu melibatkan seluruh Kelantan serta beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Johor.
  • Amaran ribut petir dikeluarkan apabila hujan melebihi 20 mm sejam dijangka berlaku.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan