Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Negeri Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Hingga Malam Ini

Hujan Lebat

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda tujuh negeri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu akan berlaku di seluruh negeri Terengganu dan Pahang.

Manakala di Perak pula melibatkan Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak dan Batang Padang.

Di Johor, hanya daerah Mersing yang terlibat.

Ramalan hujan lebat di negeri-negeri itu dijangka berlaku dari petang ini sehingga jam 9 malam.

Manakala dalam tempoh jam 8 malam hingga 9 malam, hujan dijangka di negeri Selangor (Sepang, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Kuala Langat), Negeri Sembilan (Rembau dan Port Dickson) dan Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Intipati
  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda tujuh negeri hingga malam ini.
  • Amaran meliputi seluruh Terengganu dan Pahang, selain beberapa daerah di Perak dan Johor.
  • Hujan turut dijangka berlaku di kawasan tertentu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan