Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
punca kereta cepat rosak
Gambar Hiasan

Tip: Ini 6 Punca Kereta Cepat Rosak

Hannah

Tip: Ini 6 Punca Kereta Cepat Rosak

Setiap pemilik kereta pasti menginginkan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

Kita semua mengharapkan agar kereta boleh digunakan untuk tempoh yang panjang tanpa sebarang masalah.

Di Malaysia, hampir setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta sebagai kenderaan peribadi.

Ia telah menjadi satu keperluan penting dalam memastikan kelancaran kehidupan harian yang sibuk.

Apabila kereta mengalami kerosakan, kehidupan kita pasti akan terjejas.

Oleh itu, hari ini SK ingin berkongsi tip daripada JOFA AUTO CARE menerusi TikTok tentang punca-punca yang menyebabkan kereta cepat rosak.

Tip yang ke-6 ini mungkin ramai yang tidak sedar atau pandang sebelah mata.

Mengisi minyak apabila ia hampir habis

Apabila minyak kereta sudah hampir habis, pam minyak akan menyedut kotoran yang berada di dasar tangki.

Ini boleh menyebabkan saluran minyak tersumbat dan jangka hayat kereta menjadi lebih singkat.

Kerap merehatkan tangan pada gear

Ramai yang tidak sedar bahawa tindakan ini boleh menambah beban pada gearbox kereta.

Ini sekali gus menyebabkan gear menjadi sukar untuk ditukar atau mungkin ‘tersangkut’ semasa memandu.

Kerap menekan brek

Tabiat ini bukan sahaja membahayakan, malah ia boleh menyebabkan sistem brek menjadi panas (overheating).

Ia juga boleh merosakkan brake pad serta disc rotor, yang seterusnya akan menjejaskan prestasi brek kereta anda.

Tidak memanaskan enjin sebelum memandu

Terutama pada waktu pagi atau ketika cuaca sejuk, adalah disarankan untuk memanaskan enjin selama 1 hingga 2 minit.

Ini membantu minyak enjin diedarkan ke seluruh bahagian enjin dan memastikan enjin beroperasi pada suhu yang sesuai.

Mengabaikan bunyi aneh pada kereta

Sekiranya terdapat bunyi-bunyi aneh yang muncul daripada kereta, jangan sesekali mengabaikannya.

Segeralah buat pemeriksaan kerana bunyi tersebut mungkin menandakan terdapat masalah serius pada kereta anda.

Kereta terlebih muatan

Kereta yang membawa lebih muatan daripada sepatutnya juga boleh menyebabkan masalah.

Berat yang berlebihan bukan sahaja memberi tekanan kepada kereta, tetapi juga menjejaskan keupayaan brek untuk berfungsi dengan baik.

Tambahan pula, kereta akan menggunakan lebih banyak bahan api.

Paling penting, pastikan anda melakukan servis kereta secara berkala.

Servis yang teratur adalah kunci untuk memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan untuk tempoh masa yang panjang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

BACA: Tip: Ini 5 Benda Yang Tidak Patut Anda Tinggalkan Dalam Kereta

BACA: Ini 6 Tip Memandu Kereta Ketika Hujan Lebat, No.3 Ramai Yang Terlepas Pandang

BACA: Tip: Periksa 6 Perkara Ini Sebelum Tinggal Kereta Terlalu Lama

Sumber: JOFA AUTO CARE