Siakap Keli
azlan shah bersara
Gambar: IG Azlan Shah

Pelumba Handalan, Azlan Shah Kamaruzaman Umum Bersara

Pelumba Handalan, Azlan Shah Kamaruzaman Umum Bersara

Pelumba handalan tanah air, Azlan Shah Kamaruzaman berkongsi berita mengejutkan apabila mengumumkan persaraannya daripada sukan dua roda.

Berita tersebut dikongsikan oleh beliau sendiri melalui satu hantaran di laman Facebooknya sebentar tadi.

“Dengan rasa penuh syukur dan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah membuat keputusan untuk bersara daripada sukan dua roda yang telah menjadi sebahagian besar daripada hidup saya

“Perjalanan ini penuh dengan cabaran, kegembiraan, dan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan, namun tibalah masanya untuk saya melangkah ke fasa baru dalam hidup saya,” katanya.

Bagi Azlan, keputusan yang dilakukan ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia merupakan keputusan yang diambil dengan penuh pertimbangan.

“Terima kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam”

Di samping itu, pelumba handalan tanah air ini turut amat menghargai sokongan para peminat.

Bahkan, ia menjadi pendorong yang tidak ternilai sehingga tidak dapat mengucapkan terima kasih secukupnya atas semangat serta kepercayaan yang diberikan sepanjang karier beliau.

“Setiap sorakan, setiap kata-kata semangat, dan kehadiran anda di litar perlumbaan memberi saya kekuatan untuk terus berlumba dan berjuang di atas trek

“Saya akan sentiasa menghargai memori ini dan membawa semangat anda bersama saya, walaupun saya tidak lagi akan berada di atas dua roda,” ujarnya.

Menerusi hantaran lagi, Azlan turut menyatakan rasa cinta terhadap sukan ini tidak akan pernah berkurangan walaupun beliau telah meninggalkan dunia perlumbaan.

“Terima kasih kerana sentiasa bersama saya dalam setiap kejayaan dan kegagalan

“Saya berharap dapat terus berhubung dengan anda semua, dan mungkin suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi di litar, walaupun bukan sebagai pelumba. Terima kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam,” kata Azlan lagi.

https://www.facebook.com/azlanshah25/posts/pfbid0nbJ6QxGkvA4EbJBZFXGiWaYUmVG4Bgc34FBDXZARwibxbPpfZ3UByjkc39fBnNDKl

BACA: Tak Pulang Selepas Rawatan Dialisis, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

Sumber: Azlan Shah Kamaruzaman

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.