Akaun Aplikasi X Agensi Kerajaan Antara Yang Digodam Hari Ini
KUALA LUMPUR — Dunia hari ini dikejutkan dengan kebanyakan akaun X (Twitter) telah digodam secara besar-besaran.
Penggodaman itu melibatkan akaun seperti syarikat korporat, agensi kerajaan, selebriti, pemain bola, portal media dan individu terkenal.
“THIS IS HACKED ACCOUNT! INTRODUCING $HACKED ON SOLANA on each account we hack we publish the token address so we pump it and make profits together,” tulis hantaran pada setiap akaun yang digodam.
Akaun X di Malaysia juga antara yang tidak terkecuali digodam termasuklah laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysia Truly Asia. dan banyak lagi;.
Walau bagaimanapun, tinjauan SK mendapati kesemua akaun berkenaan telah dibaik pulih.
Dalam pada itu, portal BleepingComputer turut melaporkan penggodaman akaun X itu turut berlaku ke atas akaun luar negara seperti MoneyControl (1.4 juta pengikut), People Magazine (7.8 juta), dan juga EUinmyRegion (sebuah akaun yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Eropah) dengan pengikut hampir 100,000.
Tindakan penggodaman akaun X telah mencetuskan skim pam dan buang yang mempromosikan mata wang kripto $HACKED Solana.
Namun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan bagaimana kesemua akaun X ini digodam, berkemungkinan melalui kunci Application Programming Interface (API) yang terjejas atau aplikasi pihak ketiga yang dipautkan ke akaun tersebut.
Sumber: Bleeping Computer