Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
isu daftar masuk keluar premis penginapan
Gambar Hiasan

Isu Daftar Masuk & Keluar Premis Penginapan Terus Dapat Perhatian

Hannah

Isu Daftar Masuk & Keluar Premis Penginapan Terus Dapat Perhatian

Baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan isu waktu daftar masuk dan keluar di beberapa premis penginapan, menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan warga maya.

Kini, terdapat hotel-hotel yang menetapkan waktu daftar masuk seawal jam 4 petang dan waktu keluar pula pada jam 11 pagi.

Ini menyebabkan ramai pelanggan merasakan tempoh penginapan yang diberikan terlalu singkat dan tidak adil.

Bukan itu sahaja, beberapa inap desa turut mengambil langkah serupa, yang membangkitkan rasa tidak puas hati.

Lebih membimbangkan, pelanggan yang terlewat daftar keluar disebabkan bilik tidak tersedia tepat pada masanya, masih dikenakan caj tambahan walaupun kelewatan itu berpunca daripada pihak premis.

Salah seorang pengguna Facebook, Fifi Clio, berkongsi pengalaman peribadi apabila sampai di hotel pada jam 4 petang.

Bagaimanapun, dia terpaksa menunggu tambahan 15 minit lagi kerana biliknya belum tersedia.

“Empat jam pun tak cukup lagi nak kemaskan bilik. Rasa tak adil betul, sudahlah masuk lambat, keluar mesti tepat waktu!” katanya.

Sebaliknya, pengusaha hotel di luar negara seperti Thailand dan Indonesia mendapat pujian daripada warga maya.

Ramai memuji sikap toleransi mereka yang tidak mengenakan sebarang caj tambahan, selain membenarkan daftar masuk seawal jam 9 pagi.

“Kalau macam ini lagi ramai masuk Thailand, sana ada hotel pagi-pagi kita sampai dah boleh daftar masuk kalau tak ada orang,” ujar Majid Muhamad.

“Saya pernah ke Indonesia dan Turkiye, pihak hotel di sana sangat bagus. Kita tiba jam 8 pagi pun dah boleh daftar masuk. Daftar keluar pun jam 12 tengah hari,” kata Sofea.

Isu ini terus mendapat perhatian kerana ia bukan sekadar melibatkan pengalaman pelanggan.

Bahkan, ia turut membentuk persepsi terhadap tahap perkhidmatan yang ditawarkan.

BACA: Noh Salleh Kongsi Berita Duka Bayi Sulung Meninggal Dalam Kandungan

BACA: Bertemakan “Teksi Ampang”, Proton Wira Ini Pernah Berlumba Di Litar Jerman

BACA: Dipercayai Dilarikan Individu Tidak Dikenali, Anak Rayu Pulangkan Ayah

Sumber: Sinar Harian