Noh Salleh Kongsi Berita Duka Bayi Sulung Meninggal Dalam Kandungan
Penyanyi terkenal dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, baru-baru ini berkongsi berita duka pemergian bayi sulungnya bersama isteri tercinta, Fatin Athirah Mustapa.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Noh mendedahkan bahawa bayi sulung mereka meninggal dunia kira-kira tujuh bulan yang lalu.
Difahamkan, bayi sulung mereka tidak sempat melihat dunia apabila telah pergi buat selama-lamanya semasa masih berada dalam kandungan.
“Hari ini, 22 September 2024, adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan.
“Kalian tidak tahu kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa (anak angkat bersama Mizz Nina), kami juga struggle memastikan anak di dalam kandungan sihat. Namun, Tuhan jemput dia awal.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau lain erti kata memperbaiki diri sebagai suami isteri,” tulisnya.
Bagaimanapun, di sebalik kesedihan yang menyelubungi hati mereka, Noh tetap meluahkan rasa syukur apabila segala urusan berkaitan pemergian cahaya mata mereka dipermudahkan.
Pelantun lagu popular Angin Kencang itu berkongsi bahawa meskipun mereka menghadapi detik yang amat sukar, mereka diberi kekuatan dan ketenangan untuk melalui ujian berat ini.
“Walaupun perit nak go thru segala yang aneh-aneh, tapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab we fought a great battle dan menang.
“Beruntung kami di kelilingi orang-orang baik, teman-teman dan kaum keluarga yang non-stop memberi kekuatan, mendoakan serta menemani ke mana-mana.
“Awal pagi teman pergi kuburan while kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. You know who you are,” tambahnya lagi.
Di penghujung perkongsiannya, penyanyi berusia 39 tahun itu turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak syurga mereka.
“Oh ya kami namakan anak kami Julian. Semoga Tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengannya nanti.
“Posting ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri besok. Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam dah 20 tahun sebab go thru macam-macam dah. True rock n roller,” ujarnya.
https://www.instagram.com/p/DAN0VbRS3gM/?hl=en&img_index=1
Untuk info, Noh pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan usahawan terkenal, Mizz Nina, pada 2 Julai 2011.
Namun, selepas lebih 12 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos 2023.
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun mereka telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.
Pada 23 September 2023 pula, Noh sah bergelar suami kepada Fatin Athirah.
BACA: Bertemakan “Teksi Ampang”, Proton Wira Ini Pernah Berlumba Di Litar Jerman
BACA: Netizen Sebak, Tekun Bantu Sunting Gambar Lelaki ‘Rindu’ Arwah Isteri
BACA: Wanita Kongsi Kisah ‘Kebetulan’ Menarik Bertemu Jodoh
Sumber: Muhammad Noh Bin Salleh via Instagram