Siakap Keli
mcmc pantau parodi GISBH
Gambar: Bernama

MCMC Pantau Kandungan Parodi Libatkan GISBH – Teo

MCMC Pantau Kandungan Parodi Libatkan GISBH – Teo

KULAI, (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata sehubungan itu pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.

“Antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan (parodi). Pada masa sama kita meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis dan lain-lain.

“Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Infrastruktur Komunikasi JENDELA fasa satu di Felda Inas pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan masyarakat menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai bahan parodi atau jenaka di pelbagai platform media sosial ketika ini.

Baru-baru ini lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam tular di media sosial sehingga mendapat perhatian sejumlah masyarakat di negara ini.

BACA: 19 Individu Termasuk CEO GISB Ditahan Reman Seminggu

BACA: Polis Serbu Tiga Rumah Keluarga Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Di Kelantan

BACA: Lori Terbabas Jatuh Gaung, Lelaki Dilapor Tertimbus Dalam Tanah

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.