Siakap Keli
kebanyakan negeri hujan lebat
Kredit: Bernama

Beberapa Kawasan Di 10 Negeri Dijangka Dibadai Hujan Lebat Petang Ini

Beberapa Kawasan Di 10 Negeri Dijangka Dibadai Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, agensi tersebut memaklumkan hujan lebat bakal melanda seluruh negeri Perlis dan Melaka. Manakala kebanyakan daerah Kedah di bahagian utara dan sebahagian Perak turut dijangka mengalami hujan lebat.

BACA: Jangan Buang, Ini Tip Paling Mudah Cuci Bekas Plastik Berminyak

Hujan lebat di Kedah bakal meliputi daerah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling. Bagi negeri Perak pula, daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar turut dijangka bakal menerima hujan lebat petang ini.

Melihat di bahagian pantai timur, hujan lebat bakal landa daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan dan Tanah Tinggi Cameron, Maran dan Pekan di Pahang.

Turun ke selatan tanah air, amaran ini hanya melibatkan daerah Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kota Tinggi di Johor.

BACA: Pascabanjir Kedah: Kerajaan Umum Peruntukan RM13 Juta – PM Anwar

Beralih pula ke Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud).

Selain itu, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu) turut terlibat dengan amaran yang sama.

Manakala bagi Sarawak, hujan lebat dijangka bakal melanda daerah Miri (Marudi) dan Limbang sahaja.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Berikutan amaran ini, orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan elakkan berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Kecur Air Liur, Ini Resipi Mi Kari Chinese Style

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: