Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
indonesia puji nazmi
Gambar: FAM

Indonesia Puji Aksi Tegas Nazmi Jadi Pengadil Perlawanan Persib-Persija

Iqbal Yasir

Indonesia Puji Aksi Tegas Nazmi Jadi Pengadil Perlawanan Persib-Persija

Pengadil Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin mendapat pujian daripada warga Indonesia kerana aksi tegas ketika mengadili perlawanan panas antara Persib dan Persija Jakarta.

Penampilan beliau dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada Isnin telah menarik perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi, sebanyak tujuh kad kuning dan dua merah dikeluarkan daripada poket pengadil itu sepanjang perlawanan berlangsung.

Keputusan ini dibuat tanpa memberikan muka kepada mana-mana pihak.

Difahamkan, terdapat beberapa insiden kekasaran di atas padang yang menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan hanya 10 orang pemain.

Walaupun keadaan perlawanan agak ‘tegang’, pasukan tuan rumah, Persib, berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Mereka mencatatkan kemenangan 2-0, dengan gol pertama dijaringkan oleh Dimas Drajad pada minit ke-38, diikuti oleh gol kedua daripada Ryan Kurnia pada minit ke-82.

Menerusi satu perkongsian akaun TikTok, ramai yang memberikan respon positif terhadap Nazmi yang berjaya memimpin hingga tamat perlawanan.

“Kepimpinan pengadil Malaysia dalam perlawanan Persib vs Persija petang ini wajar dicontohi.

“Beliau sangat tegas ketika memimpin perlawanan walaupun perlawanan panas. Beliau masih mampu memimpin perlawanan dengan baik dan adil.

“Pengambilan pengadil luar dalam Liga 1 (Indonesia) boleh dipertimbangkan. Semoga pengadil tempatan dapat meniru ketegasannya,” tulis hantaran tersebut.

Sumber: TikTok @thisis_original24

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan terhadap pengadil berusia 34 tahun itu.

“Terbaik pengadil Malaysia,”

“Oh rupanya pengadil dari Malaysia. Patut tak penah lihat, tetapi memang tegas dan patut dicontohi pengadil Indonesia,”

“Pengadil paling bagus di Malaysia,”

“Baru berusia 34 tahun tetapi sudah mempunyai lesen FIFA. Terbaik,”

Untuk info, menurut CNN Indonesia, ini bukan kali pertama Nazmi mencuri perhatian.

Sebelum ini, beliau juga menerima pujian ketika mengadili perlawanan antara Maluku dan Bali United dalam Liga 1.

BACA: Kenapa Gred ‘S’ Yang Terbaik Di Jepun, Bukannya ‘A’?

BACA: Cecah Puluhan Ribu Per Liter, Ini 5 Air Mineral ‘Harga Kayangan’

BACA: Ini 5 Produk Malaysia Yang Disangka Milik Indonesia

Sumber: TikTok @thisis_original24, CNN Indonesia