Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir Di 11 Negeri, 3 Wilayah Persekutuan Petang Ini

Hannah
Amaran Cuaca Buruk
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 11 Negeri, 3 Wilayah Persekutuan Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 5 petang ini.

Amaran ini bertujuan memberi peringatan awal kepada penduduk di kawasan yang terlibat supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut METMalaysia dalam satu kenyataan rasmi, 11 negeri dan tiga wilayah persekutuan dijangka bakal dilanda cuaca buruk.

Antara kawasan yang terlibat termasuklah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Keseluruhan kawasan Perlis, Selangor, Johor serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) juga dijangka bakal terjejas.

“Bagi Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling).

“Bagi Perak, kawasan yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Bagi Terengganu, kawasan yang terlibat adalah di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Bagi Pahang, kawasan yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Bagi Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau,” tulis kenyataan itu.

Beralih ke Borneo, di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Manakala, di Sabah pula, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Lahad Datu).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Seronoknya Hidup Berpakat, Penghuni Kerjasama ‘Hias’ PPR Tak Ubah Kondo Mewah

BACA: Kapal Layar Ini Dilihat ‘Terbang’ Atas Air, Pakar Jelas Ini Sebabnya

BACA: Bekas Hos Blue’s Clues Tanya Khabar, Anak-anak 90-an Kongsi Suka-duka Jadi Dewasa

Sumber: METMalaysia