Siakap Keli
warga emas cedera ditetak
Kredit: Tribun Timur

Warga Emas Cedera Ditetak Anak Kandung

Warga Emas Cedera Ditetak Anak Kandung

Indonesia – Seorang wanita nekad menyerang ibu kandungnya menggunakan parang dipercayai akibat tidak dapat menerima teguran. Kejadian tersebut berlaku di Makassar pada Selasa, lapor Tribun Timur.

Ketua Perhubungan Awam Polis Makassar, Pesuruhjaya AKP Wahiduddin berkata kejadian tersebut bermula apabila suspek ditegur oleh mangsa untuk mengemas rumah. Suspek bertindak mengambil parang lalu menyerang mangsa.

“Daripada kenyataan mangsa, dia menegur anaknya supaya membersihkan rumah.

BACA: Lelaki Tidak Sengaja Bayar Bil Elektrik Jiran Hampir 18 Tahun

“Walau bagaimanapun, suspek yang mengalami gangguan mental tidak dapat menerima teguran tersebut,” kataya.

Mangsa yang berusia 64 tahun itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian akibat tetakan parang suspek. Wanita tersebut kini menerima rawatan di Hospital Angkatan Laut Jala Ammari Lantamal VI, Makassar.

Menurutnya, dakwaan gangguan mental suspek disahkan oleh suami mangsa yang juga bapa kandung suspek.

BACA: Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki OKU Hilang

“Menurut kenyataan bapanya, suspek merupakan anak pertama yang sudah lama mengalami gangguan mental. Suspek sering marah-marah serta mengamuk di rumah,” jelasnya.

Terdahulu, video serangan tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian warga maya.

Menerusi video tersebut, orang awam dilihat cuba memanjat pagar kediaman mangsa bagi menghentikan serangan tersebut. Orang awam turut mengawasi suspek sehingga suspek ditangkap oleh pihak polis.

Sumber: Tribun Timur (1) (2), Folk Media Berita

BACA: Angka Korban Serangan Udara Israel Di Lubnan Meningkat Hampir 500

BACA: Israel Isytihar Darurat Sehingga 30 September Ini

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.