Komet Paling Terang Tahun Ini Dijangka Dapat Dilihat Hingga Awal Oktober
Komet C2023 A3 atau dikenali sebagai Komet Tsuchinshan-ATLAS dijangka dapat dilihat sehingga awal Oktober, lapor BBC.
Kehadiran komet tersebut telah dirakam oleh seorang pemerhati komet veteran, Terry Lovejoy pada 11 September lalu di Welling Point, Australia. Sehari selepas itu, seorang lagi pemerhati dan jurugambar komet veteran, Michael Mattiazo turut berjaya merakam komet tersebut.
Menurut BBC, fasa perihelion komet C2023 A3 berlaku pada 28 September dan komet tersebut masih berada dekat dengan Bumi pada 12 Oktober nanti.
Komet ini merupakan antara beberapa komet yang baru muncul dan dapat dilihat dengan mata kasar.
“(Kita berpeluang melihat) komet ini muncul dengan cahaya yang sangat terang, berkemungkinan yang paling terang dalam tahun ini. Mungkin tersangat terang hinggakan orang awam yang tiada pengetahuan tentang langit di waktu malam turut dapat mengesannya dengan hanya mendongak (ke langit),” katanya.
BACA: NRES Arah MetMalaysia Kaji Semula SOP Penyebaran Maklumat, Amaran Cuaca
Berdasarkan pengiraan awal angkasawan, komet ini akan muncul dengan cahaya yang paling terang di waktu malam pada Oktober 2024 dengan kemungkinan dapat dilihat pada waktu siang.
Menurut Royal Astronomical Society of Canada Winnipeg Centre, turut kongsikan tempoh komet ini dapat dilihat dengan mata kasar dan menggunakan peralatan, mengikut jarak komet tersebut dari Bumi.
Dalam masa yang sama, Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) telah berkongsi sebuah video kemunculan komet di ruang angkasa berdekatan Bumi yang dirakam oleh angkawasan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang berada di sana.
BACA: Tersergam Indah, Kenali Masjid Ali Yang Diiktiraf UNESCO
Menerusi video tersebut, Komet C2023 A3 kelihatan begitu terang dengan ekor yang panjang.
https://x.com/dominickmatthew/status/1838982322110267714
Komet ini mendapat nama daripada peristiwa penemuan komet tersebut oleh Sistem Amaran Pengesan Asteroid (ATLAS) pada 22 Februari 2023, kemudiannya dijejaki pula Balai Cerap Cina Tsuchinshan selang beberapa minggu selepas itu.
Berdasarkan penemuan ini, Komet C2023 A3 dikesan bergerak dengan arah pusingan yang bertentangan dengan kebanyakan objek dalam sistem solar. Perkara yang lebih mengejutkan lagi, data awal menunjukkan Komet C2023 A3 disyaki melengkapkan pusingan orbitnya setiap 80,000 tahun.
Kemunculan komet tersebut telah dimuat naik oleh para pengguna media sosial yang berkesempatan menyaksikannya sendiri di seluruh dunia.
https://x.com/PanatpongJ/status/1839320358849237457
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02AqqVfwHqNpZhxLmgW81Qxwuh7ewk1xK5DxU2ziRYVMB7n6JthhXW5v5H4DBkK9h2l&id=100064761228581
https://x.com/RobWrightImages/status/1839972626950733827
Malah, di Malaysia juga dipercayai sudah ada warga tempatan yang dapat melihat komet ini.
https://www.facebook.com/maxzchua/posts/pfbid027E9t83qekEmaxJkWbJGy9NCbm2xc3fTdxrKDK5CwYWzH5hQwHeTXQZSM1RoyB3Bwl
https://www.instagram.com/p/DAcd0ERy1f0/?hl=en&img_index=1
Sumber: BBC (1) (2), Matthew Dominick, Royal Astronomical Society of Canada Winnipeg Centre, Maxie, Rongjie
BACA: Lelaki Tidak Sengaja Bayar Bil Elektrik Jiran Hampir 18 Tahun