Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelakon ‘Harry Potter’, Maggie Smith Meninggal Dunia
Pelakon Britain, Dame Maggie Smith yang pernah membintangi siri filem terkenal Harry Potter dan drama Downtown Abbey dilapor meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Menurut CNN, berita mendukacitakan itu diumumkan oleh anak lelakinya menerusi satu kenyataan, hari ini.
“Kami hari ini bersedih dengan pemergian Dame Maggie Smith. Mendiang menghembuskan nafas terakhir di hospital awal pagi Jumaat, 27 September.
“Sebagai seorang yang sangat menjaga privasi, mendiang menghembuskan nafas terakhir dengan keluarga dan rakan rapat berada di sisi,” kata kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, anak lelaki Maggie turut menitipkan penghargaan kepada semua individu yang terlibat menjaga mendiang ibunya sehingga akhir hayatnya.
Maggie Smith, pelakon Harry Potter meninggal dunia
“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Chelsea dan Westminster yang menjaga kebajikan mendiang dengan sangat baik,” kata anak lelaki Maggie.
Terdahulu, pelakon wanita ini pernah memenangi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem The Prime of Miss Jean Brodie pada tahun 1969.
Selain itu, mendiang juga memenangi Oscar bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk wataknya dalam filem California Suite (1978).
Menjadi antara tunjang kepada filem Harry Potter, mendiang juga terkenal menerusi drama yang mencetuskan fenomena, Downtown Abbey.
Anugerah-anugerah lain yang pernah dimenangi oleh mendiang termasuk dua Anugerah Academy dan dua Anugerah Academy British.
Dua Anugerah Academi dimenangi melalui peranan dalam filem The Prime of Miss Jean Brodie dan California Suite. Manakala Anugerah Academy British dirangkul mendiang menerusi filem A Room with a View dan The Lonely Passion of Judith Hearne.
Pada tahun 1990, mediang menerima darjah kebesaran, Dame Commander of the Order of the British Empire yang melayakkannya menggunakan gelaran Dame pada pangkal nama.
BACA: “Kalau Boleh Lesen…”, Tip Penting Untuk Pelancong Malaysia Nak Memandu Di Thailand
BACA: Sedang Cari Jodoh, Gadis Kazakhstan Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM 3,000
Sumber: CNN