Siakap Keli
John Ashton
Kredit: AFP

Pelakon Filem Beverly Hills Cop, John Ashton Meninggal Dunia

Pelakon Filem Beverly Hills Cop, John Ashton Meninggal Dunia

Pelakon popular Amerika Syarikat, John Ashton yang terkenal menerusi watak detektif polis dalam filem Beverly Hills Cop dilapor meninggal dunia.

Berita mendukacitakan itu diumumkan oleh keluarganya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus mendiang, Alan Somers, pada Ahad.

Menurut Variety, mendiang menghembuskan nafas terkakhir pada usia 76 tahun dan punca kematiannya masih belum diketahui.

Memainkan watak penting dalam filem antarabangsa terkemuka

Dalam kerjaya merentasi tempoh lebih 50 tahun, mendiang aktif berlakon dalam pelbagi siri televisyen dan filem, termasuk Midnight Run, Little Big League dan Gone Baby Gone.

Di samping itu, mendiang turut memainkan watak penting dalam filem Beverly Hills Cop bersama gandingannya, Eddie Murphy.

Selain muncul dalam filem asal, Ashton juga kembali menjadi antara tonggak dalam filem reboot, Beverly Hills Cop: Axel F yang ditayang di Netflix pada awal tahun ini.

Beberapa drama terkenal yang pernah menampilkan mendiang sebagai pelakon termasuklah Emergency!, Columbo, Police Story, Barnaby Jones, Police Woman, MASH, Starsky and Hutch dan Dallas.

Sementara itu, pemergian mendiang turut meninggalkan seorang isteri, Robin Hoye bersama dua orang anak kandung dan tiga anak tiri.

BACA: Empat Rumah Di Sebuah Taman Perumahan Batu Gajah Alami Tanah Mendap

Sumber: Variety

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.