Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Kemalangan mahasiswa
Gambar: Bernama

Terlibat Kemalangan Tidak Halang Impian Hariz Bergelar Mahasiswa

Iqbal Yasir

Terlibat Kemalangan Tidak Halang Impian Hariz Bergelar Mahasiswa

NILAI, 2 Okt (Bernama) — ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Inilah peribahasa sesuai menggambarkan kesungguhan dan semangat Hariz Zaimuddin untuk menyambung pengajian walaupun terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan bersama keluarganya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini malam tadi.

Setelah semalaman tidak tidur kerana menguruskan hal berkaitan kemalangan yang berlaku di Jalan Kuantan, Pahang itu Hariz, 19, berasal dari Pasir Mas, Kelantan berjaya juga tiba di USIM pada 11.30 pagi untuk sesi pendaftaran pelajar baharu.

“Alhamdulillah kami semua selamat. Terima kasih kepada insan berhati mulia kerana sudi pinjamkan keretanya untuk kami walaupun tidak pernah kenal tetapi saya bersyukur kerana mereka sudi tolong kami sekeluarga hinggalah saya dapat mendaftar pada hari ini di USIM.

“Apa yang berlaku pada saya dan keluarga tidak mematahkan semangat untuk hadir mendaftar hari ini, saya memang telah lama impikan untuk melanjutkan pelajaran di USIM,” katanya yang yang mengikuti pengajian dalam Jurusan Bahasa Arab dan Kesusteraan Islam.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata kereta yang dipandu bapanya Zaimudin Hassan, 48, dalam perjalanan dari Pasir Mas itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Kuantankira-kira 12 tengah malam tadi.

Hariz berkata ketika kejadian, dia bersama empat ahli keluarga lain sedang tidur dan terjaga sebaik sahaja kepalanya terhantuk pada penyaman udara di bahagian tengah kereta.

“Kami sangat terkejut, bagaimanapun saya bersyukur tiada apa yang teruk berlaku. Saya hanya mengalami cedera ringan di kepala akibat terhantuk manakala ayah, ibu dan adik-beradik lain selamat tanpa kecederaan,” katanya.

Hariz merupakan antara 2,718 pelajar baharu Sesi Akademik 2024/2025 yang ditawarkan tempat untuk mengikuti program pengajian Sarjana Muda di USIM pada hari ini dengan proses pendaftaran secara fizikal telah diadakan sejak semalam.

Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Sharifuddin Md Shaarani berkata buat julung kalinya pada tahun ini terdapat seorang pelajar Orang Asli berjaya menempatkan diri di USIM selain empat pelajar dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU).

Sementara itu, pelajar Orang Asli Nurul Atiqa Ithnani Idrus, 19, yang bercita-cita menjadi doktor gigi bersyukur kerana impiannya untuk melanjutkan pengajian di Fakulti Pergigian USIM tercapai.

“Kalau doktor masuk ke perkampungan orang asli itu sudah biasa, tetapi kalau doktor gigi yang masuk dan beri perkhidmatan percuma itu jarang berlaku. Saya berhasrat menjadi doktor gigi dan dapat berkhidmat untuk masyarakat orang asli satu hari nanti,” kata anak kedua daripada tiga beradik dari Felda Terasang, Pahang itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Budi Seorang Abang, Gigih Naik Motor Hantar Adik Dari Melaka Ke UUM