Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gerai Burger ishowSpeed disita
Gambar: TikTok @foodyfun5

Gerai Burger Viral IShowSpeed Dipercayai Telah Disita 

Iqbal Yasir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Gerai Burger Viral IShowSpeed Dipercayai Telah Disita

Gerai burger jalanan yang sempat dikunjungi oleh IShowSpeed dipercayai telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi video berdurasi 18 saat yang dikongsikan menerusi TikTok @foodyfun5, terlihat jelas trak DBKL berada di lokasi gerai berkenaan disyaki untuk proses sitaan.

“Gerai burger ramli yang terkenal selepas IShowSpeed makan, kini disita penguat kuasa,” tulis kapsyen pada klip tersebut.

Sebelumnya, Youtuber terkenal dari Amerika Syarikat itu dilapor sempat singgah ke kedai burger tersebut ketika berada di Malaysia.

Menerusi siaran langsung di Youtube Channelnya, Speed juga berkesempatan untuk mencuba beberapa juadah tempatan yang sangat sinonim dengan penduduk tempatan, termasuk burger Ramly.

Sewaktu ingin mencuba burger berkenaan, Speed kelihatan sangat teruja melihat burger Ramly disediakan.

“Oh Tuhanku, (burger) ini kelihatan sangat enak. Burger ini dibalut dengan telur. Saya tak pernah lihat menu ini sebelum ini,” kata Speed yang melompat keterujaan.

Hanya dengan gigitan pertama, keenakan burger berkenaan langsung jelas terpapar pada wajah Speed.

Dia juga kelihatan begitu menghargai hidangan jalanan berkenaan sambil menganggukkan kepala ‘tanda sedap’ kepada penjual burger itu.

Turut mencuri perhatian adalah jumlah yang dibayar pempengaruh itu, selepas dia dilihat mengeluarkan sejumlah wang kertas untuk diberikan kepada penjual burger berkenaan.

Menurut pemilik gerai, Speed tidak membayar harga burger yang dipesan dengan mata wang Ringgit Malaysia ataupun dolar AS, sebaliknya dia membayar dengan menggunakan mata wang Riel Kemboja (KHR).

“Dia bagi saya beberapa keping duit, ada dalam 7 keping dan sekeping bernilai 50,000 KHR. Jadi cuba anda kira-kira sendiri berapa nilainya,” kata lelaki itu.

BACA: Apa Maksud Perfume Bau “Spicy”? Ini Jawapannya

BACA: Nak Hadir Majlis Pengebumian Rakan Muslim, Wanita Minta Jiran Ajarkan Pakai Selendang

BACA: Tak Amal Apa-Apa Petua, Jamal Abdillah Kongsi Rahsia Awet Muda

Sumber: TikTok @foodyfun5