Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
11 negeri hujan lebat
Kredit: Bernama

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri & 1 Wilayah Petang Ini

Azizah Najib

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri & 1 Wilayah Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal kebanyakan negeri sehingga jam 4 petang hari ini.

Menerusi muat naik di lama Facebook, seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak bakal dilanda hujan lebat. Begitu juga Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di pantai timur, hujan lebat dan ribut petir hanya melibatkan daerah Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan. Manakala di Pahang, hanya melibatkan daerah Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

BACA: MyDigital ID Mohon Maaf, Tangguh Log Masuk Tunggal

Melihat di selatan negara, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dikeluarkan bagi daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor. Hanya dua daerah di Negeri Sembilan dijangka hujan lebat iaitu Jelebu dan Seremban manakala di Melaka, hanya melibatkan daerah Jasin. Negeri Johor hanya melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang.

Di Sabah pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan).

BACA: Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS, Naik Berbanding Mata Wang Utama Lain

Menurut MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan bersifat amaran jangka pendek.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Berikutan ini, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan elakkan berada di kawasan yang berisiko.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) METMalaysia, Ambun Dindang turut mengeluarkan kenyataan jangkaan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat antara November hingga Mac 2025.

BACA: Empat Hingga Enam Episod Hujan Lebat Dijangka Berlaku Antara November Hingga Mac 2025

Jangkaan ini melibatkan negeri-negeri di pantai timur antara November hingga Disember manakala negeri Johor, Sabah dan Sawarak antara Disember hingga Januari 2025.

Penghujung fasa Monsun Timur Laut (MTL) pada Februari hingga Mei 2025 pula bakal menyaksikan cuaca kering dan kurang hujan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Orang ramai boleh dapatkan maklumat sahih dan terkini daripada laman media sosial Facebook dan X milik Jabatan Meteorologi Malaysia atau layari laman sesawang https://www.met.gov.my/

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)