Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
hujan lebat november mac
Kredit: Bernama

Empat Hingga Enam Episod Hujan Lebat Dijangka Berlaku Antara November Hingga Mac 2025

Azizah Najib

Empat Hingga Enam Episod Hujan Lebat Dijangka Berlaku Antara November Hingga Mac 2025

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) — Monsun Timur Laut 2024/2025 dijangka bermula pada November 2024 dan berterusan sehingga Mac 2025, dengan ramalan sebanyak empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Ambun Dindang berkata episod hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang antara November hingga Disember 2024 manakala hujan lebat dijangka lebih tertumpu di negeri Johor, Sabah dan Sarawak bermula Disember hingga Januari 2025.

“Selain itu, hujan berterusan juga mungkin berlaku di negeri-negeri pantai barat sekiranya terdapat luruan monsun yang kuat atau kewujudan sistem tekanan rendah di rantau negara.

BACA: Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS, Naik Berbanding Mata Wang Utama Lain

“Kebanyakan tempat dijangka mengalami jumlah hujan bulanan pada paras purata, kecuali beberapa kawasan di utara dan timur Semenanjung serta timur Sabah, yang dijangka menerima hujan sedikit atas paras purata pada fasa awal Monsun Timur Laut (MTL),” katanya ketika berucap pada Forum Iklim Kebangsaan (FIK) 2024 yang bertemaka Monsun Timur Laut: Tindakan dan Cabaran Barisan Hadapan di sini hari ini.

Katanya pada penghujung MTL iaitu dari bulan Februari hingga Mei, beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dijangka akan mengalami cuaca yang kering dan kurang hujan.

Masalah jerebu setempat dan rentas sempadan, serta gelombang haba, juga dijangka akan berlaku dalam tempoh tersebut.

BACA: Ranking JDT Naik Lagi, Kini Kelima Di Asia

“Untuk menangani masalah jerebu, METMalaysia telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan model sebaran aerosol dan agen pencemar atmosfera bagi menyokong operasi harian jabatan, terutama semasa musim jerebu dan kering,” katanya.

Selain itu, METMalaysia turut menyediakan Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran (Fire Danger Rating System – FDRS) untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi berlaku kebakaran hutan serta tanah gambut.

Selain daripada perkhidmatan cuaca dan iklim, METMalaysia juga memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan gempa bumi dan tsunami.

Dalam usaha memperkukuhkan sistem perkhidmatan gempa bumi dan tsunami, METMalaysia juga sedang melaksanakan projek yang melibatkan penambahan 23 siren tsunami, 17 stesen tolok pasang surut, enam stesen seismologi dan penambahbaikan sistem pemprosesan maklumat gempa bumi dan tsunami.

BACA: Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan

“Melalui projek ini, kita dapat mengukuhkan keupayaan sistem perkhidmatan gempa bumi dan tsunami sedia ada serta meningkatkan penyampaian maklumat kepada masyarakat, sekali gus mengurangkan risiko bencana gempa bumi dan tsunami di Malaysia,” katanya.

FIK merupakan forum tahunan yang diadakan sejak 2011, bertindak sebagai platform kerjasama antara agensi pengurusan bencana untuk berkongsi maklumat dan pandangan. Forum ini seterusnya bertujuan merangka dan menyusun strategi terbaik dalam meningkatkan pengurusan bencana negara, terutama dalam menghadapi MTL.

Sumber: Bernama