Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nak Baiki Motor Rosak, Geng Konvoi Silap Bawa Kotak Barang Mancing

Azizah Najib
geng konvoi bawa kotak
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Nak Baiki Motor Rosak, Geng Konvoi Silap Bawa Kotak Barang Mancing

Tersalah anggap isi bekas adalah perkara biasa yang sering kali terjadi, kan?

Seolah-olah ‘tertipu’, situasi lucu ini semua pernah alami, tak kisahlah ketika anda masih lagi seorang kanak-kanak ataupun apabila anda yang sudah dewasa.

Jika masih kecil, kita selalu kena scam dengan penyamaran bekas ais krim yang sebenarnya berisi ikan atau tin biskut berisi aneka warna benang serta jarum.

Apabila meningkat dewasa, kita mungkin merasakan diri tidak lagi naif dan mudah tertipu. Namun hakikatnya, situasi-situasi lucu seperti di atas masih kadang-kala berlaku, kan?

BACA: Bermisai & Berceloreng, Dua Kucing Dipilih Jadi ‘Fasi’ Di UM

Begitulah situasi yang terjadi seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @MusangKing baru-baru ini.

Situasi lucu ‘tertipu’ dengan isi kotak simpanan itu berlaku ketika mereka berkonvoi menaiki motosikal dari Kuala Terengganu ke Kuala Rompin.

Ketika dalam perjalanan tersebut, tayar salah sebuah motosikal peserta konvoi itu pancit, dipercayai terkena benda tajam dan perlu dibaiki segera.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di bahu jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Salah seorang daripada mereka sebenarnya ‘membawa’ tools box yang mengandungi peralatan-peralatan ringkas untuk membaiki motosikal yang rosak.

Kerunsingan sedikit terubat kerana menyangka persediaan awal itu sedikit sebanyak dapat mengelak perjalanan konvoi mereka daripada tergendala lebih lama.

Namun, situasi bertukar menjadi seolah-olah sketsa komedi spontan apabila tools box yang disangka penuh dengan alatan itu sebenarnya terisi dengan peralatan memancing.

Keadaan itu menyebabkan suasana di tepi jalan itu riuh dengan gelak ketawa sesama mereka.

BACA: Tak Mahu Bayar COD, Pelanggan Salahkan Hantu Yang Buat Pesanan

“Kami konvoi dari Kuala Terengganu ke Kuala Rompin. Kami pesan ke salah seorang kawan ni suruh bawak peralatan untuk standby apa-apa.

“Hilux ada ikut sebiji dalam konvoi kami, jadi semua barang letak dalam hilux tu.

“Masa balik tu motor ada masalah sebiji, jadi kami dengan yakin ambil kotak peralatan dalam hilux. Buka-buka, itulah… kami gelak jela ramai-ramai,” kata pengguna TikTok itu ketika dihubungi SK.

Menjengah ke ruang komen, ‘lawak’ berkenaan benar-benar sampai kerana netizen turut terhibur melihat situasi yang dialami oleh sehabat-sahabat itu.

“Lama sangat tak ride jadi gini,”ujar seorang warga netizen.

“Salah tool box pulak,” kata seorang lagi.

“Nak gelak tak guna dah. Menangis pun tak keluar lagu,” seloroh seorang warga maya.

“Member suruh bawa cacing untuk tayar, dia pi bawa cacing pancing,” seloroh seorang lagi.

Sumber: Musangking

BACA: Apa Maksud Perfume Bau “Spicy”? Ini Jawapannya

BACA: “Tak Kisah Jenama” Lelaki Kongsi 5 Rahsia Rakam Video Cantik Guna “Smartphone”