Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dua kucing jadi fasilitator
Kredit: Universiti Malaya

Bermisai & Berceloreng, Dua Kucing Dipilih Jadi ‘Fasi’ Di UM

Azizah Najib

Bermisai & Berceloreng, Dua Kucing Dipilih Jadi ‘Fasi’ Di UM

Minggu orientasi atau minggu suai kenal bagi mahasiswa memerlukan pelbagai persiapan dari semua peringkat pentadbiran. Bermula dari siswa yang menjadi sukarelawan hingga ke pihak atasan.

Persediaan yang rapi dan sempurna perlu bagi memastikan sesi pendaftaran siswa baharu berjalan dengan lancar, malah untuk memastikan mereka mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di pengajian tinggi.

Bagi memastikan segalanya sempurna, Universiti Malaya (UM) melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan dua ekor kucing sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau Pemudah Cara Mahasiswa (PM) di kolej-kolej.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, UM memperkenalkan kedua-dua PM yang memenangi majoriti ketika ‘pemilihan’.

BACA: Ada Lebih 60 Ciptaan, Profesor Hebat UPM Ini Digelar ‘Ratu Mesin IKS’

Dua kucing dipilih jadi fasilitator di kolej kediaman

Bermisai pendek dengan pandangan mata yang tajam, itulah dia PM Kitler. Setiap hari sentiasa bersemangat menjalankan tugasnya memastikan semua biro menjalankan kerja-kerja persiapan di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9).

Breaking Meows! Tahniah PM Kitler atas pelantikan sebagai Pemudah Cara Mahasiswa (PM) Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin KK9. Siapa sangka PM KK9 yang begitu berbulu dan suka sardin roll ini merupakan Ahli Majlis Tertinggi,” kata UM di Facebook.

Begitu juga dengan Kolej Kediaman Ketiga Belas (KK13) yang dipantau oleh PM Donut. Berceloreng, dalam diam sentiasa memerhati dari jauh.

BACA: 4 Beranak Semua Jadi Tentera, Rupanya Ni Cara Didikan Ayah Lt Kdr Chan

Cat-tastic News! Pemudah Cara Mahasiswa (PM) @kk13um kini di bawah kepimpinan baharu – PM Donat, si PM gebu dengan wawasan manis!

“Dikenali dengan keupayaannya membuat keputusan seperti: ‘Makan sekarang atau tidur dulu?’ PM Donat dikhabarkan sering memimpin mesyuarat PM dengan agenda utama: Bila waktu makan seterusnya?

“Kalau waktu mesyuarat semakin pendek, itu mungkin kerana PM Donat lebih fokus kepada donat daripada dokumen,” tambahnya lagi.

BACA: Tersergam Indah, Kenali Masjid Ali Yang Diiktiraf UNESCO

Pengenalan kedua-dua PM baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata turut terhibur.

“Ni jadi PM ni semata-mata nak wet food je kan?” usik seorang warga maya.

“Muka celoreng (kalau) tak hilang, lari dari kem askar wataniah,” teka yang lain.

“Garang tu,” usik seorang lagi warga maya.

Sumber: Universiti Malaya (1) (2)