Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Pemalu, Lebih Gemar Bersendiri? Ini Kerja Yang Sesuai Untuk Introvert

Azizah Najib

Pemalu, Lebih Gemar Bersendiri? Ini Kerja Yang Sesuai Untuk “Introvert”

Adakah anda seorang yang pemalu, pendiam dan lebih gemar meluangkan masa sendirian berbanding berada bersama orang lain? Jika ya, anda tergolong dalam kalangan mereka yang digelar “introvert” mengikut Kamus Cambridge.

Ketika bergelar seorang pelajar, tidak menjadi masalah bagi anda untuk teruskan hidup seharian seperti biasa.

Namun, apabila beranjak ke dunia luar, cabaran pertama yang anda hadapi tentulah memilih jalan kerjaya yang sesuai dengan jiwa sebagai seorang introvert.

Adakah dilahirkan sebagai seorang introvert satu keburukan hingga tidak dapat menemukan kerjaya yang sesuai? Sebenarnya tidak.

Menjadi seorang introvert mempunyai sifat dan peribadi yang tersendiri, bukan sekadar pendiam dan tidak tahu bergaul.

Dengan mengenali lebih dalam tentang jiwa seorang introvert, anda akan dapat lebih memahami bidang kerjaya yang sesuai dengan diri.

BACA: Apa Maksud Perfume Bau “Spicy”? Ini Jawapannya

Menurut Hello Doktor, antara perkara yang introvert suka lakukan ialah membaca, berjalan-jalan atau menonton program televisyen.

Ciri ini amat berguna buat seseorang kerana dengan cara ini, pelbagai ilmu, pengetahuan dan kemahiran dapat diasah hari demi hari. Apatah lagi zaman kini, lambakan saluran perkongsian ilmu ada di media sosial.

Introvert juga mempunyai kesedaran diri yang lebih tinggi. Makna kata, orang introvert tahu apa yang dia tahu, dan tahu apa yang dia tak tahu.

Jalan hidup mereka lebih jelas apabila kebanyakan masa digunakan untuk memahami diri selain mencari peluang meningkatkan kebolehan diri.

BACA: “Tak Kisah Jenama” Lelaki Kongsi 5 Rahsia Rakam Video Cantik Guna “Smartphone”

Seorang ahli sains neuro, Friederike Fabritius pernah menyenaraikan empat kemahiran yang dikuasai oleh introvert berdasarkan beberapa kajian.

Empat kemahiran tersebut ialah mereka lebih banyak berfikir, mempunyai daya fokus lebih lama, berbakat (gifted) dalam satu-satu bidang yang diceburi serta membuat keputusan yang betul mengikut kompas moral.

Dalam erti kata lain, mereka tidak mudah terpengaruh atau terkesan dengan pendapat majoriti yang salah.

Jadi, mengapa susah betul nak jumpa kerjaya yang diidamkan? Wujudkah pekerjaan yang tidak perlu banyak berkomunikasi dengan orang lain, tidak perlu keluar ke begitu banyak perjumpaan dan pertemuan?

Jangan khuatir, kali ini SK ingin kongsikan dengan anda satu senarai pekerjaan yang sememangnya sesuai dengan jiwa seorang introvert.

Kerja yang sesuai untuk mereka yang berjiwa introvert

Introvert sesuai menjadi arkitek pangkalan data, pembangun perisian, aktuari, penganalisis keselamatan maklumat, ahli sains data (data scientist), penganalisis sistem komputer, jurutera mekanikal, pereka bentuk digital (UX) serta pakar kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Selain daripada pekerjaan ini, introvert juga sesuai bekerja sebagai pekerja sosial, pengurus IT, pengurus meia sosial, akauntan, penganalisis penyelidikan pasaran, pengurus perkhidmatan kesihatan, doktor haiwan dan penganalisis keselamatan siber.

Malah, introvert turut berpeluang menjadi peguam dan pakar psikologi selain menjadi jurubahasa, juruterbang dan penyelidik.

Pekerjaan yang paling mudah untuk dicuba oleh introvert ialah sebagai penulis atau penulis teknikal.

Kedua kerjaya ini hanya memerlukan anda mahir dalam satu-satu bidang yang anda minati sama ada bidang kreatif, sains, kesihatan atau kejuruteraan mesin.

Sudah pasti, anda perlu mempunyai minat dan kemahiran menulis dengan baik.

Diharapkan dengan perkongsian ini, SK dapat merungkaikan kekusutan anda dalam menapak mencari haluan kerjaya.

Semoga bermanfaat.

BACA: Bermisai & Berceloreng, Dua Kucing Dipilih Jadi ‘Fasi’ Di UM

Sumber: Hello Doktor, Coursera, CNBC (1) (2)