Siakap Keli
garaj basikal terbesar dunia
Kredit: Biking In The Netherlands

Pencinta Basikal Wajib Pergi, Ini Lokasi Garaj Basikal Terbesar Dunia

Pencinta Basikal Wajib Pergi, Ini Lokasi Garaj Basikal Terbesar Dunia

Di Malaysia, ramai yang tahu bahawa kebanyakan jalan raya kita tidak begitu mesra pengguna basikal.

Laluan khas pun jarang kelihatan, dan kalau ada, sering kali ‘dipandang sebelah mata’ oleh pengguna kenderaan lainnya.

Bagaimanapun, ini berbeza dengan beberapa tempat di luar negara.

Jalan-jalan mereka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, semuanya direka khas untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna basikal.

Terkenal sebagai destinasi pelancongan yang indah, Utrecht bukan sahaja penuh dengan bangunan-bangunan lama yang terpelihara.

Kredit: World Wanderista
Kredit: World Wanderista
Kredit: World Wanderista

Malah, lokasi indah ini turut menjadi tempat yang menyediakan garaj basikal terbesar di dunia.

Garaj basikal yang luar biasa ini mampu menempatkan sebanyak 12,500 buah basikal pada satu-satu masa

Dibuka kepada orang ramai pada 19 Ogos 2019 setelah fasa terakhir pembinaannya selesai, garaj ini berjaya merampas gelaran garaj basikal terbesar dunia daripada Jepun.

Jika anda berkesempatan untuk ke Utrecht, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang merasai sendiri pengalaman berbasikal di sana sambil menelusuri bandar yang penuh dengan bangunan-bangunan lama.

Tak perlu fikir panjang. Datang sahaja ke sini untuk menyewa basikal kerana garaj ini turut menyediakan sebanyak 1,000 buah basikal awam untuk disewakan.

Apa yang lebih menarik, jika basikal anda rosak, anda tidak perlu risau kerana garaj ini turut menyediakan perkhidmatan membaiki basikal.

Dalam pada itu, ketika tiba garaj tersebut, anda akan disambut dengan dua laluan yang berbeza warna.

Pengguna basikal perlu menggunakan laluan berwarna merah, manakala pejalan kaki perlu menggunakan laluan berwarna kelabu. Ini untuk memastikan aliran trafik yang lancar dan selamat.

Lebih mengagumkan, garaj ini menyediakan ruang yang cukup luas dan pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyimpan basikal dalam tempoh 24 jam pertama.

Jadi, buat anda yang menggilai aktiviti berbasikal, Utrecht adalah destinasi impian.

Selain merasai pengalaman berbasikal di negara luar, anda juga boleh berkunjung ke garaj basikal terbesar dunia ini, yang pastinya akan memberikan pengalaman unik dan luar biasa.

BACA: Pemalu, Lebih Gemar Bersendiri? Ini Kerja Yang Sesuai Untuk Introvert

BACA: Pekerjaan Ini Dihormati, Gaji ‘Mewah’ Di Jepun

BACA: Cara Ringkas Buat Sendiri Ikan Talang Jeruk Masin

Sumber: Biking In The Netherlands, Discover Utrecht, Guinness World Records

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.